Ada sorang member aku ni, dia ni Pegawai IT, kalo ngah tensen ngan segala bagai masalah, terapi yang paling baik katanya adalah dengan s.h.o.p.p.i.n.g. Tak kiralah shopping pebenda pon, even beli epal sebijik pon, dah kira permulaan terapi yang baik. Eh, eja gini ek terapi?..ke therapi? ke theraphy?????dem lupa lak..
Jujurnya, minggu lepas tiada satu pon masalah yang betul-betul leh efekkan pemikiran di luar sedar aku time ngan berdengkur. Alhamdulillah, walaupun ada satu hari tu, pagi-pagi buta lagi bos dah send sms, tanya pasal pendrive 8G dia yang dia lupa letak kat celah mana, manja tol! Aku lak yang tensen nak kena pikir pasal pendrive tu..dem lagi..
Ni praktikal kali pertama. Nak gak rasa keberkesanan terapi minda dengan cara ni, even takde la rasa tensen sangat. Eh, tapi tensen gak weih, dah 2minggu aku tak pegang menda alah spesis tu selepas serah kat budak ni.. Takat cameraphone tu selalu la. Tapi tak puas, so bila tak puas, tensen tak hilang..bahaya tu..
Mula-mula , aku tanya macam-macam kat tokey kedai tu. Segala pertanyaan aku dijawab dengan penuh berhemah, dah macam budak fresgraduate ngah jawab soklan intebiu pon ada gak. Konfiden dan yakin walaupun aku tau jawapan tu dah hafal selama seminggu. Huh..Dari satu kedai ke satu kedai aku survey, dan pelbagai jawapan dan perbezaan harga yang aku terima. Last-last aku lak yang tensen, lebih-lebih lagi bila apek kedai dah tarik muka. Alah, orang nak tanya je la, bukan nak mintak diskaun melampau pon..kahkahkah..
Disebabkan aku bajet taknak parking kete lebih daripada sejam, aku decide untuk kembali ke kedai yang pertama. Nak kata dia tokey, rasanya bukan, tapi jawapan dia dah macam tokey besar bila aku tanya. I like..banyak gak info dan input yang aku dapat time nak berterapi minda kali ni.
Belek sana, belek sini, untuk kali kedua di kedai yang pertama. Kotak dah keluaar, barang baik dalam pon dah bawa keluar. Dah siap masukkan bateri & ON! Tapi keputusan muktamad tak diputuskan lagi. Masih gak nak belek2, robek-robek sampai celah-celah kangkang, try gak snapshot 2,3kali. Owh, masih tak puas hati, masih lagi nak tahu itu dan ini. Huh, tensen lak. Cakap terapi minda, tapi dah macam gelora perasaan lak, nak ke tak…pada awalnya…….
Dah agak-agak puas..masukkan balik dalam kotak. Siap cakap terima kasih lagi kat apek kedai tu. Dia pandang je. Kompom dalam hati dia dah start maki-maki, ” cibai lu, nak beli ke nak tengok je nih? dah sejam lu belek-belek D7000 ni, nak blah gitu jer?????”
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
–
Ni lah kije harian aku sejak kebelakangan ni. Studi User’s Manual sampai lebam okkey!!!
….Baru aku sedar, terapi minda aku dah tak ikut Standard Operation Procedure!!! demmit..
mantap tu..biler nk angkat ni?
woh smart! beli kan aku satu…nak nikon d3100 pon dah okeh *ayat macam dah kenal lama kan…hahaha
woahhh~bestnyer cam..
confirm la apek tue rasa nak terajang jer ini budak…belek mcm nak tanggal bagai…tup2 tak beli…..hehehhe
study leklok ek.. klu leh bwk user manual tu g kje skli.. huhu..
hahahaha… terapi minda konon… shoping hanya akan jadi terapi minda bila kita membeli tanpa berfikir apa-apa… tu baru betul…
*macam beli sebiji epal… ambil… bayar… dan makan… tak yah pikir panjang kan?
D7000 tuuuuuuuuuuuuu!!!
P/s: Kedai tu mcm depan kedai mak beli aritu jer?? Yek?? am i rite bebeh?
hahhahhhahha….nak terkeluar isi prot..hmmm sape kata shuping terapi minda, bagi saya shupinglah boley menambahkan tekanan…seriussss…
terigin nye nk ade camera mcm ni..huhu..
hahaha SOP…
Ok la tu sopin dslr baru!!walah