December 14, 2024

Ombak Rindu..sangat bergelora nafsuku

Aku dan Cik Nunu sempat menonton Ombak Rindu pada hari kedua tayangan, Jumaat lepas. Full house okkey hall dekat Cathay Cineleisure Damansara tu. Filem Ombak Rindu ni diadaptasi daripada novel hasil tulisan Fauziah ashari. Taktau lak seramai tu peminat Ombak Rindu ni, sebab tiket Ombak Rindu ni aku dah dapat sehari awal, ingatkan takde orang nak tengok sangat..

Daripada komen-komen yang aku baca, ada yang cakap Ombak Rindu ni best giler, sampai ada yang menangis teresak-esak, ada yang tangkap feeling giler bila melihat lelehan air mata Aaron Aziz. Kutipan filem Ombak Rindu dah pon melebihi RM750ribu pada hari pertama tayangan. Tapi betul-betul best ke filem ni??

 

Ntah le..bagi aku biasa-biasa ajer. Takde sebest seperti yang digembar-gembur, dan takde la tak best giler-giler. Banyak sebabnya..dan sebab paling utama, lakonan Lisa Surihani bagi aku tidak mencapai expectation yang aku harapkan. Kaku semacam je berbanding dengan Maya Karin yang lebih natural.Yes, Maya Karin memang superb. Terpegun gak ngan keayuan dan sopan-santun, ditambah lak dengan bait-bait tangkap leleh yang dimainkan dalam watak Izzah. Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan wataknya diranjang bersaam Hariz, tapi nak buat macam mana kan. Layankan aje la kan.

Aaron Aziz? Yup, lakonan mantap sebagai Hariz yang kadang-kadang macam dayus giler je mamat ni, kadang-kadang cam romantik lak, kadang-kadang kelakar gak. Aku pun pelik gak ngan Aaron Aziz ni, muka dah series+ganas giler, tapi kadang-kadang leh tahan gak sengal dia.

 

Oh ye, aku tetap puji dengan garapan dan sinematografi yang menjadi kekuatan paling utama dalam filem nih. Susunan muzik dengan scene juga tidak mengecewakan. Lagu-lagu OST pon best, nanti nak donlod..huhuh..

Mungkin tidak adil untuk membandingkan antara kualiti novel Ombak Rindu dan filem Ombak Rindu. Untuk mencari keadilan, lebih baik korang menonton sendiri daripada menilai melalui pengalaman penonton lain. Rambut sama hitam, nafsu lain lain kan..kihkihkih…

Overall, still boleh dipuji lagi dengan kualiti Ombak Rindu berbanding banyak filem-filem Melayu di bawah par lain. Apa-apa pon, dialog yang paling aku suka;

” Redha itu IKHLAS, Pasrah itu MENYERAH”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Ombak Rindu..sangat bergelora nafsuku

  1. nama pon film adaptasi, mana boley ikot 100%…tp takleh jugak nak lari sgt citernya, maklumlah, penonton mungkin ada yg tak dapat menilai dari bab tuh

    bg manusia spt saya yg dah pnh studi pasal film adaptasi nih, faham kut…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *