October 22, 2020

RESTORAN NASI BERLAUK WAU BULAN – masakan asli Pantai Timur

Pertama kali aku dengar nama restoran ni melalui rancangan TV Jalan-jalan Cari Makan, episod minggu lepas kalau tak silap. So, pagi tadi aku decide untuk bersarapan kat sana since dah lama tak pekena nasi kerabu lauk solok lada & kopok keping. meleleh..Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan ni terletak di Bandar Baru Selayang, tak jauh dengan bangunan Majlis Perbandaran Selayang ..nak senang lagi, ON kan aje GPS ke 3° 15′ 26″N, 101° 39′ 28″ E..kompom sampai..:hikhikhik..
hambek ko.. ni jam 930pagi, punya la panjang lane nak kena Q. Aku rasa ni penangan Jalan-Jalan Cari Makan tempoh hari kot.  Aku terdengar gak pakcik yang kat depan aku dok bagi penerangan kat wife dia  pasal ramuan yang digunakan sambil tunjuk-tunjuk kat bungkusan kuih Lompat Tikam. *senyum..
Ada tiga orang awek yang siap sedia hidangkan menu yang menjadi pilihan pengunjung. Tapi bukan awek Kelate atau Ganung tapi daripada gaya slang bahasa, mungkin awek import dari seberang. Order je nak makan apa, diorang akan hidangkan. Ada menu nasi dagang lauk ikan tongkong, nasi kerabu kuning, mi goreng, nasi minyak, nasi putih berlauk, lauk daging gulai kawah, ayam rendang, paru, solok lada, ikan goreng celup tepung, dan macam-macam lagi la. Harga pon berpatutan dan yang paling penting, rasanya menten sama dengan masakan belah Pantai Timur nun.
Kuih tradisi ni. Ubi kayu rebus ngan kelapa parut. Pulut ngan ikan masin pon ada. Pilih je mana nak. Buhsan gak kan kalo asik brekpes hujung minggu di kedai mamak je kan? Sekali skala layan gak brekpes ngan menu gini. 
 Nasi kerabu + Solok Lada + Paru Goreng Berlada + Ayam Goreng Rempah = RM6++..ok la kan? Rasanya pon sodap, sangat menepati nafsu anak tekak Besut aku..kahkahkah..
Nasi Dagang lauk ikan tongkol pilihan awek Klang. Beras memang original datang dari sana, sangat terasa pulut&wanginya.(beras nasi dagang berbeza dengan beras biasa ye). 1st time jumpa nasi dagang pure kat KL ni, katanya si awek Klang.
Laksam! gaya deco menu macam laksa kelate, tapi sifat fizikal tak sama k. Setiap suap, letak secubit belacan, pasti layan woo..pasti bersin tak sudah, air hidung meleleh keresdungan. Huh..
Huish, aku lak yang meleleh air liur masa dok wat entri nih. Bajet taknak lunch dah pas makan nasi kerabu+laksam sekali harung..tapi ni dah terasa cam nak lunch di sana lagi..oh no no no….bagi anak perantauan Pantai Timur yang rindukan masakan asli Ganung/Kelate, aku cadangkan nilah restoran yang sesuai. Jom jom jom…
Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan
No 57, Jalan 2/16 Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.


JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “RESTORAN NASI BERLAUK WAU BULAN – masakan asli Pantai Timur

  1. Eh eh sedap nya nengok anak sedara makan laksam..tak pernah ajak mak sedara pergi makan pun? cu bawak sekali..

  2. Excited tgk awak mkn ns kerabu kuning,yg sy tau mak saya je bt ns kerabu kuning…

    dlm JJCM tu ada dia cakap pulut pagi kan, betul ada tak kat sana?pulut yang wrn coklat & makan dgn klp parut & kacang?

  3. walaupun sy sgt rindukan masakan pantai timur, sy tetap mau pulang dan makan di sana..hahahaha..
    mekaseh atas cadangan anda!..

    p/s..kirim salam awek klang.. nnt jemputlah datang pantai timur rasa beras nasi dagang kelate plak.. =p

  4. wah byk nyer mkn…nasi dagang tu kuah dia sedap tak? sbb nampak kaler kuning jek..besenyer merah kan? tp mcm bestla sbb semua ada kat situ…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *