March 19, 2024

Destinasi Menarik Di Melaka – Taman Buaya Melaka

Kali terakhir aku ke Taman Buaya Melaka yang terletak di Ayer Keroh adalah semasa lawatan sekolah rendah ke Melaka, lebih 20 tahun yang lepas. Tak silap aku, ada beberapa ekor buaya yang dah melebihi usia aku pada masa itu. Sekiranya buaya itu masih hidup ketika lawatan terbaru aku dan keluarga baru-baru ini,bermakna usia buaya itu hampir menjangkau usia 50 tahun. Dah berstatus ‘warga emas’. Entah ingat atau tidak dia pada aku..hehe

Taman Buaya Melaka adalah destinasi tujuan kami kali ini. Kami sampai lebih kurang jam 11 pagi. Parkir penuh, jadi aku park sahaja kereta di depan Restoran McDonald dengan doa tiada saman dikenakan..dah siap-sedia semua, kami terus ke kaunter tiket yang terletak bersebelahan pintu masuk.

Kami terpaksa berjalan dengan pantas sebab nak kejar masa pertunjukan buaya yang dijadulakan pada jam 11.30 pagi. Kalau terlepas, terpaksa tunggu waktu seterusnya iaitu jam 3.30 petang. Lama tu..

Harga Tiket Taman Buaya Melaka.

tiket taman buaya melaka

 

Dah dapat tiket, teruskan pakaikan di pergelangan tangan masing-masing. Danish (3 thn) masih dikira percuma. Selepas scan tag di pintu masuk, ada sesi fotografi oleh jurugambar rasmi Taman Buaya Melaka. Layankan sahaja memandangkan kami dah terlepas pertunjukkan ular yang dijadualkan pada jam 11 pagi. Tak kisah sebab kami datang ke Taman Buaya untuk berkenalan dengan buaya, bukannya ular..hehe

Seterusnya, kami berjalan ke arah kiri pintu masuk.

Taman Buaya Melaka ini dah wujud sejak tahun 1987. Kawasan taman ini takdelah besar mana. Kira orang kebanyakan masih larat nak pusing satu taman buaya ni. Ada lebih kurang 100 ekor buaya di Taman Buaya Melaka. Ada buaya import, ada buaya tempatan.

Taman Buaya Melaka

Buaya-buaya ini ditempatkan di dalam sangkar yang berasingan. Info tentang buaya disediakan pada setiap sangkar. Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu bertanya pada krew di sini. Sangat mesra pengunjung krew-krew di sini.

Pada aku, datang Taman Buaya wajib menonton pertunjukan buaya yang dikendalikan oleh penjaga buaya professional. Kalau tak tengok, baik tengok buaya di Youtube jer haha..

Taman Buaya Melaka
Panas hoii Demi Nak Tengok Buaya Beraksi

Pertunjukan buaya di Taman Buaya Melaka ini diadakan di pentas persembahan khas. 2 ekor buaya yang boleh tahan besar saiznya dijadikan pemain utama. 3 orang pelatih buaya membuat beberapa persembahan yang menarik perhatian ramai seperti mencium buaya dan memberus gigi buaya.

Pada akhir sesi, sumbangan orang ramai dikutip, dan diletakkan di dalam mulut buaya menggunakan mulut oleh seorang pelatih ini. Kemudian, sumbangan itu dikeluarkan dengan bergaya.

memberi makan buaya

Selepas sesi pertunjukan buaya, sesi memberi makan buaya di salah satu sangkar menjadi aktiviti yang turut menarik perhatian. Ayam segar yang telah disembelih menjadi santapan beberapa ekor buaya kali ini. Pengunjung diberi peluang untuk memberi makan buaya menggunakan kaedah pancing. Aku terlepas peluang ini selepas teragak-agak untuk grab atau sekadar melihat. Cuak gak hoi! Sekarang terasa rugi..sebabnya ianya FREE..masa-masa lain, bayaran dikenakan untuk sertai sesi memberi makan buaya.

Selesai sesi memberi makan buaya, kami menyambung penjelajahan Taman Buaya Melaka ini. Oh ye, selain buaya, ada juga binatang lain di sini. Ada rumah ular yang menempatkan beberapa jenis ular, ada arnab dan kura-kura.

Taman Buaya Melaka

Selain itu, pengunjung juga berpeluang bergambar dengan replika bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Memandangkan cuaca panas terik, kami just tengok dari jauh sahaja. Bukan tak sayangkan negara, tetapi dah lecak ketiak ni haa..

Replika Bangunan Kebanggaan Malaysia

Taman Buaya Melaka

Pada aku, banyak benda yang boleh anak-anak pelajari di Taman Buaya Melaka ini. Serius, banyak info yang anak-anak boleh hadam tentang reptilia ini di sini.. Dua jam lebih gak explorasi kami di Taman Buaya Kali ini walaupun kawasan takdelah besar mana pun. Lain-lain aku taknak komplen sangat, asalkan anak-anak dapat belajar sesuatu di sini..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

21 thoughts on “Destinasi Menarik Di Melaka – Taman Buaya Melaka

  1. Pingback: Pengalaman Pertama Dayyan, Danish Dan Airaa Ke Zoo Negara. - JMR
  2. Pernah juga mengunjungi taman buaya ni, 7-8 tahun lepas. Tempatnya tak berubah, cuma tak berapa suka keadaan yg agak tidak bersih pada waktu tu. Skrg ni tak tahu la kan. Buaya2 nya mcm2 jenis, besar2 pula tu

  3. Sesekali bercuti pergi zoo ke taman buaya ke taman rama rama ke memang best. Ingat dulu zaman sekolah ada buat rombongan pergi taman buaya. Best sangat sebab dapat belajar dan kenal pelbagai jenis buaya yang ada

  4. Dah lama betul tak ke taman buaya ni. Last pergi masa zaman budak2 dulu. Banyak perubahan dalam taman buaya ni. Paling ketara harga tiket masuk

  5. Bila baca pasal Taman Buaya Melaka ni teringat kat member. Ada ke lepas kawen ajak pasangan dia pi Taman Buaya.. Apa lagi, jadi bahan usik kami la.. hehe.

  6. yeah nice place to visit. My 2nd bro back years back we went visit, wow so many years now. Thinking back its been 15 years ago!

  7. Dah lama tak datang taman buaya ni. Last datang 10 tahun lepas. Harga tiket masih berpatutan. Rasa nk dtg lagi sebab rasa mcm dah bnyk tempat menarik je ke buaya dh bertambah.hehehe

  8. Berani betul member tu panjan\t tinggi tinggi atas pagar macam tu. Eiii kalau saya takut dah. Silap langkah terjatuh, matilanak. So far yang pernah pergi melaka ni, tak pernah singgah lagi taman buaya. Tunggu aneeq dan baby besar sikit, baru syok nak bawak bebudak ni

  9. Masa cuti, berjalan dalam negara pun… banyak yang boleh dipelajari. Mendidik anak sambil mengeratkan hubungan keluarga… pun boleh hanya dalam negara. Tidak perlu ke luar jauh-jauh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *