Kali terakhir aku ke Taman Buaya Melaka yang terletak di Ayer Keroh adalah semasa lawatan sekolah rendah ke Melaka, lebih 20 tahun yang lepas. Tak silap aku, ada beberapa ekor buaya yang dah melebihi usia aku pada masa itu. Sekiranya buaya itu masih hidup ketika lawatan terbaru aku dan keluarga baru-baru ini,bermakna usia buaya itu hampir menjangkau usia 50 tahun. Dah berstatus ‘warga emas’. Entah ingat atau tidak dia pada aku..hehe
Taman Buaya Melaka adalah destinasi tujuan kami kali ini. Kami sampai lebih kurang jam 11 pagi. Parkir penuh, jadi aku park sahaja kereta di depan Restoran McDonald dengan doa tiada saman dikenakan..dah siap-sedia semua, kami terus ke kaunter tiket yang terletak bersebelahan pintu masuk.
Kami terpaksa berjalan dengan pantas sebab nak kejar masa pertunjukan buaya yang dijadulakan pada jam 11.30 pagi. Kalau terlepas, terpaksa tunggu waktu seterusnya iaitu jam 3.30 petang. Lama tu..
Harga Tiket Taman Buaya Melaka.
Dah dapat tiket, teruskan pakaikan di pergelangan tangan masing-masing. Danish (3 thn) masih dikira percuma. Selepas scan tag di pintu masuk, ada sesi fotografi oleh jurugambar rasmi Taman Buaya Melaka. Layankan sahaja memandangkan kami dah terlepas pertunjukkan ular yang dijadualkan pada jam 11 pagi. Tak kisah sebab kami datang ke Taman Buaya untuk berkenalan dengan buaya, bukannya ular..hehe
Seterusnya, kami berjalan ke arah kiri pintu masuk.
Taman Buaya Melaka ini dah wujud sejak tahun 1987. Kawasan taman ini takdelah besar mana. Kira orang kebanyakan masih larat nak pusing satu taman buaya ni. Ada lebih kurang 100 ekor buaya di Taman Buaya Melaka. Ada buaya import, ada buaya tempatan.
Buaya-buaya ini ditempatkan di dalam sangkar yang berasingan. Info tentang buaya disediakan pada setiap sangkar. Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu bertanya pada krew di sini. Sangat mesra pengunjung krew-krew di sini.
Pada aku, datang Taman Buaya wajib menonton pertunjukan buaya yang dikendalikan oleh penjaga buaya professional. Kalau tak tengok, baik tengok buaya di Youtube jer haha..

Pertunjukan buaya di Taman Buaya Melaka ini diadakan di pentas persembahan khas. 2 ekor buaya yang boleh tahan besar saiznya dijadikan pemain utama. 3 orang pelatih buaya membuat beberapa persembahan yang menarik perhatian ramai seperti mencium buaya dan memberus gigi buaya.
Pada akhir sesi, sumbangan orang ramai dikutip, dan diletakkan di dalam mulut buaya menggunakan mulut oleh seorang pelatih ini. Kemudian, sumbangan itu dikeluarkan dengan bergaya.
Selepas sesi pertunjukan buaya, sesi memberi makan buaya di salah satu sangkar menjadi aktiviti yang turut menarik perhatian. Ayam segar yang telah disembelih menjadi santapan beberapa ekor buaya kali ini. Pengunjung diberi peluang untuk memberi makan buaya menggunakan kaedah pancing. Aku terlepas peluang ini selepas teragak-agak untuk grab atau sekadar melihat. Cuak gak hoi! Sekarang terasa rugi..sebabnya ianya FREE..masa-masa lain, bayaran dikenakan untuk sertai sesi memberi makan buaya.
Selesai sesi memberi makan buaya, kami menyambung penjelajahan Taman Buaya Melaka ini. Oh ye, selain buaya, ada juga binatang lain di sini. Ada rumah ular yang menempatkan beberapa jenis ular, ada arnab dan kura-kura.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang bergambar dengan replika bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Memandangkan cuaca panas terik, kami just tengok dari jauh sahaja. Bukan tak sayangkan negara, tetapi dah lecak ketiak ni haa..

Pada aku, banyak benda yang boleh anak-anak pelajari di Taman Buaya Melaka ini. Serius, banyak info yang anak-anak boleh hadam tentang reptilia ini di sini.. Dua jam lebih gak explorasi kami di Taman Buaya Kali ini walaupun kawasan takdelah besar mana pun. Lain-lain aku taknak komplen sangat, asalkan anak-anak dapat belajar sesuatu di sini..
Pernah juga mengunjungi taman buaya ni, 7-8 tahun lepas. Tempatnya tak berubah, cuma tak berapa suka keadaan yg agak tidak bersih pada waktu tu. Skrg ni tak tahu la kan. Buaya2 nya mcm2 jenis, besar2 pula tu
Nampak menarik je Taman Buaya ni. Tapi lia penakut dengan buaya. tak tahu nape takut sangat dengan reptilia ni. Tengok dari jauh je lah.
Pernab pergi sini beberapa tahun yg lepas dengan kawan2. Siap tengok persembahan buaya lagi. Klu bawak budak2 dorang mesti suka.
Haha. Tengok buaya bersantai tepi kolam pun kita boleh lelap tidur. Malas bebeno buaya buaya ni
Dulu selalu dgr dalam buku pasal tempat ni tapi bill ke melaka asyik lupa je hahahaha. Moga ada rzeki kesni nanti
Boleh tahan juga tempat ni, ingatkan ada buaya je dalam taman ni. ada banyak lagi aktiviti lain rupanya
Bila tengok Taman Buaya ni baru teringat balik yang sis pernah gi sini, tapi lama dahh..lamaaa sangat sangat. Kira puluhan tahun gak le..hehehe.
Sesekali bercuti pergi zoo ke taman buaya ke taman rama rama ke memang best. Ingat dulu zaman sekolah ada buat rombongan pergi taman buaya. Best sangat sebab dapat belajar dan kenal pelbagai jenis buaya yang ada
Memang menarik taman buaya ni. selain tengok buaya darat makan. Lepas tu boleh mandi manda dan masuk rumah hantu
Dah lama betul tak ke taman buaya ni. Last pergi masa zaman budak2 dulu. Banyak perubahan dalam taman buaya ni. Paling ketara harga tiket masuk
Selalunya tengok buaya dekat zoo diam je, tak bergerak langsung..tapi ni siap pertunjukan..bgus sangat ni..sebab dapat juga tengok cara dia makan..mengganas..hehe
Bila baca pasal Taman Buaya Melaka ni teringat kat member. Ada ke lepas kawen ajak pasangan dia pi Taman Buaya.. Apa lagi, jadi bahan usik kami la.. hehe.
lama betol tak dengar khabar tentang taman buaya kat Melaka ni. Ingatkan dah tutup. Dulu pergi tak masuk pun. huhu
yeah nice place to visit. My 2nd bro back years back we went visit, wow so many years now. Thinking back its been 15 years ago!
Dah lama tak datang taman buaya ni. Last datang 10 tahun lepas. Harga tiket masih berpatutan. Rasa nk dtg lagi sebab rasa mcm dah bnyk tempat menarik je ke buaya dh bertambah.hehehe
murahnya harga tiket.pernah ajak suami mai sini tapi duk bayang macam tak best je.tp lepas baca artikel abg jamar,rasa nak g pulak.tp tunggu adira besar sikit, hehehe
Berani betul member tu panjan\t tinggi tinggi atas pagar macam tu. Eiii kalau saya takut dah. Silap langkah terjatuh, matilanak. So far yang pernah pergi melaka ni, tak pernah singgah lagi taman buaya. Tunggu aneeq dan baby besar sikit, baru syok nak bawak bebudak ni
I pernah pergi taman buaya ni.. memang banyak buaya.. fui yoh! fun place to b in for the kiddos..
Wahhhh seronoklah budak dua tu dapat tengok buaya yer. Mmg banyak buaya kat situ. Besau2 pulak tu. semuanya pemalas nak gerak. Lama dh xberkunjung ke sana
Masa cuti, berjalan dalam negara pun… banyak yang boleh dipelajari. Mendidik anak sambil mengeratkan hubungan keluarga… pun boleh hanya dalam negara. Tidak perlu ke luar jauh-jauh.