December 7, 2024

Telaga Harbour Park ( Petronas Quay) Langkawi.

Selepas melayani rasa kecewa sebab kereta kabel taknak jalan, kitorang bergerak turun membawa hati..hahaha intro takleh blah!

Straight to the point. Otw turun dari SkyCab / Oriental Village, sebelum ke destinasi seterusnya, kitorang sempat singgap di Telaga Harbour a.k.a Petronas Quay. Lagipun Honda City pinjam tu nak kena isi minyak gak kan even balance stil ada, tapi sediakan payung sebelum hujan kan.

Apa ke tempat Telaga Harbour Park ni kan?
Telaga Harbour Park ni terletak di Pantai Kok. Dulu-dulu Telaga Harbour Park ni adalah perkampungan nelayan tapi sekarang ni dah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong kat Langkawi ni. Kat sini gak tempat parking kapal-kapal layar mewah milik aku..haha..aku pun tak pasti milik sapa, tapi ada la nampak sorang awek omputih masuk ke salah satu kapal layar mewah ni. Mungkin dia atau bapak dia punya kot..

 

Kalau aku ada sebijik bot mewah ni kan best. Hujung minggu konpem belayar. 

 

Telaga Harbour Park ni juga dikenali sebagai Petronas Quay. Sebabnya ada stesen minyak Petronas berdekatan dengan parking bot-bot mewah tu. Series, tak tipu.

 

Dekat ngan area sini gak, ada nampak dua tiga kedai yang boleh lepak makan minum sambil cuci mata tengok bot-bot mewah ni. Pemandangan kat sini pun cantik dan tenang. Tapi masa aku sampai, maybe awal pagi lagi kot, semua kedai tutup.hehehe..

 

Seronok betul Dayyan Harith ni bersantai kat tempat-tempat sebegini. Semoga sel-sel otaknya terus bergabung dengan aktif..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Telaga Harbour Park ( Petronas Quay) Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *