March 19, 2024

3 Pilihan Hadiah Hari Jadi Yang Menarik di Printcious

3 Pilihan Hadiah Hari Jadi Yang Menarik di Printcious

Antara rutin bulan aku sebagai bapa kepada 2 orang anak adalah ke ‘Birthday Party’ kenalan dan juga anak-anak kenalan. Sejak awal tahun membawak ke akhir tahun, memang banyak jemputan ke parti hari jadi. Pada aku, ini adalah event yang wajib aku pergi.

Ye la, masa inilah nak berbual-bual santai dengan kawan-kawan dan juga peluang untuk Dayyan dan Danish bersosial dengan kawan-kawan baru. Jadi pada aku, aku akan cuba hadir untuk event sebegini.

Yang sentiasa memeningkan kepala aku ialah, hadiah hari jadi apa yang patut aku bawa?! Semestinya, untuk kenalan sama baya aku tidak sama dengan hadiah hari jadi untuk anak-anak kenalan. Bosan juga asyik-asyik benda yang sama kan. Buntu gak nak dapat idea hadiah hari jadi terbaik untuk dihadiahkan kepada mereka.

Mujurlah aku ada terjumpa online gift Malaysia , Printcious !!

hadiah hari jadi murah

PRINTCIOUS – Touching Moments

Aku dah perasan kewujudan Printcious sebelum ini. Cuma aku tak ambil kisah. Ingatkan laman sesawang biasa yang tawarkan hadiah biasa-biasa dengan harga biasa. Bila aku dah buntu untuk sediakan hadiah hari jadi anak bos aku, barulah terfikir untuk review laman sesawang Printcious ini.

Masuk saja ke laman sesawang mereka, rasa teruja yang amat sangat!

Rupanya banyak hadiah menarik yang aku boleh jadikan hadiah hari jadi untuk anak-anak. mahu pun kawan-kawan dewasa aku. Lagi menarik, aku siap boleh customize mengikut design yang aku nak.

Pilihan #1 – Puzzles

Ini yang paling aku suka. Waktu aku kecil dulu, ‘puzzles’ ni memang feveret aku, sebab umi aku ada cakap, main benda ni otak akan lebih pikap dan bijak. Punyalah aku balun main hari-hari sebab nak bijak..hehe..tapi yang ini lebih menarik.

Printcious ada tawarkan ‘customized design’, boleh letak muka ‘birthday boy/girl’ , harga pun sangat berbaloi. Aku pasti, anak-anak pasti teruja gila bila dapat hadiah hari jadi ada muka mereka!

hadiah hari jadi

Pilihan #2 – Cool T-Shirt

Ini pula sesuai untuk aku hadiahkan kepada kawan lelaki aku. Sangat ‘cool’ bila pakai baju ada muka sendiri atau pun kata-kata pujangga yang menjadi kesukaan beliau.. haha..Printcious ada menawarkan beberapa design dengan warna dan saiz yang berbeza. Tshirt untuk saiz kanak-kanak pun ada tau!

Pilihan #3 – Graphic Luggage Tags

Ramai rakan aku yang kaki travel. Sesuai sangat hadiahkan mereka dengan Graphic Luggage Tags. Lagi best, ini pun boleh customize design sendiri. Nak letak kata-kata semangat ke, nak letak gambar apa-apa pun boleh. Harga pun sangat berbaloi.

Aku pun ingat nak hadiahkan Luggage Tags ni untuk isteri aku. Letak muka aku. So that, bila dia outstation, muka aku sentiasa ikut dia. hahah..konfem aku akan pesan Luggage Tag ini!

hadiah hari jadi

Setel masalah aku!

Lepas ni senanglah aku nak sediakan hadiah hari jadi untuk Birthday Party kawan atau anak-anak kawan nanti. Nantilah aku akan share denga kau orang pengalaman aku membeli online gift di laman sesawang Printcious ni.

Semenatara itu, kau orang boleh survey item-item yang berkenan di hati :

Website : http://www.printcious.com/

Facebook : https://www.facebook.com/printcious

“If you are looking for mug printing supplier, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, 
photo booth rental is your best entertainment.”

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

24 thoughts on “3 Pilihan Hadiah Hari Jadi Yang Menarik di Printcious

  1. Read a lot about printicious, they make really great gifts since we can customize and make something memorable out of it, I did customized tshirt for me and my daughter last round and we luv it.

  2. The puzzles is something new, never come across this before or even had this as an option. The luggage tag too would make for an interesting gift indeed.

  3. Lia pernah tempahan DIY kat sini. Best sebab boleh masukkan gambar sendiri memang menarik kan. Hasil pun terbaik dan tempoh siap xde lah lama sangat. Hadiahkan kat orang tersayang pun nampak lagi sweet.

  4. Gua nak habaq nie… Buzday gua tak lama lagi… Takde plan ke nak hadiahkan apa2 dekat gua nie hahahaha

    Pernah gunakan khidmat dorang dulu untuk buat kejutan sewaktu ulang tahun tempoh hari.

  5. Senang je kan kalau tak tahu nak beli apa. Just p printcious pastu pilih apa nak. Cuma setahu onie harga kat sini berbaloikan kan dan mampu milikkan 🙂

  6. Yang bestnya, kita boleh create design kita sendiri. Sis dah masuk dah kat website diaorg ni..leka sekejap sis kat situ..mcm2 pulak sis buat..hehehe.
    Kalau ada masa nak beli juga 1 2 barang kat sini, tapi nak kena buat design cecantik dulu

  7. Barang barang yang ada di printcious memang menarik dan best best.setakat nih dah berapa kali beli barang di pintcious…kualiti memang terbaik

  8. Ika pernah tempah beli cenderahti di Printcious! Sangat puas hati. Hasil pun bagus walaupun dah 2 tahun lepas.Mug yang Ika beli masih cantik.Berkualiti betul

  9. Wahhh .. Website yg menyediakan perkhidmatan printing & custom hadiah ea… Mcm2 ada.. Bestla ada custom punya.. Sbb xsmua web online jual brg cenderahati boleh custom.. Ini mmg puas hati klo leh custom2 sendiri kan..

  10. Kawan-kawan Rawlins dah ada yang guna perkhidmatan printcious untuk banyak aktiviti sosial dan pejabat diorang. Ramai yang berpuas hati. Good job there printcious!

  11. ramai yg dah guna printcious utk buat hadiah buat tersayang, memang mudah dan menarik dgn design yg kita boleh buat kat situ kan

  12. Banyak betul.pilihan smp xth bak pilih yg mn.. senang je sekrang klau nak buat souvenir hanya dihujung jari je. Sesuai sgt utk semua occassion kan..

  13. ingat lagi dulu kecil-kecil suka sangatlah beli mug untuk hadiah hari guru ke, hadiah hari jadi ke. sekarang ni macam susah nak jumpa lagi untuk hadiah2 macamni. actually nampak simple kan bagi mug tapi yang bestnya hadiah2 macamni (mug, baju, dll) ni boleh disimpan sampai bila2 dan jadi 1 sentimental value untuk kita. lagi2 kalau ada nama orang tu kat mug baju ni semua lagilah bawa makna. TQ tau share. terimbau kembali pula zaman kecil2 dulu suka beli mug letak nama ni untuk hadiahkan kat kawan2. dan guess what sampai sekarang kawan2 masih simpan lagi. alahai terharu.

  14. ada tgk mcm2 bole print dr PRINTCIOUS utk dijadikan adiah..senang skarang boleh adiahkn utk yg tersayang hanya pilih2 design dihujung jari sahaja

  15. Menarik…harga pun murah..kadangkala dah x tau nak belikan apa untuk yang teristimewa bila birthday kan..untuk kawan- kawan pun.,..bila ada jer platform bagus macam ni..sekelip mata masalah tu hilang..terus ada jer idea nak bagi hadiah..terbaik website ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *