July 8, 2020

Lelaki Ini Mahu Bantu 10 Ribu Orang Untuk Ubah Hidup?

Berusaha untuk berjaya tidaklah sesukar untuk memimpin orang lain untuk turut berjaya. Ada orang yang kita nampak sudah berjaya tapi dia masih menganggap dirinya belum berjaya. Dia menganggap dirinya masih belum berjaya sekiranya orang-orang di sekelilingnya tidak turut sama berjaya.

Bagaimana Cara Lelaki Ini Bantu Orang Lain Untuk Ubah Hidup?

Biarpun lelaki ini sudah mencapai status jutawan seawal usia 32 tahun, beliau tetap masih memikirkan cara untuk membantu seramai mungkin untuk turut sama berjaya. Lelaki ini akan membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan lelaki ini melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.

Lelaki ini mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui program yang bakal dikendalikan oleh lelaki ini yang merupakan inisiatifnya, dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman beliau yang selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.

Di bawah pengurusan syarikat lelaki ini, Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Berdasarkan testimoni daripada peserta program terdahulu Richworks International Sdn Bhd , ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan lelaki ini untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks

LELAKI INI atau lebih dikenali sebagai Dr Azizan Osman (DAO) sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11

Jika kau orang rasa patut ubah hidup bermula dari tahun 2019, cepat daftar untuk sertai program ini di www.nakubahhidup.com atau hubungi talian hotline 1300-88-2424.

Untuk maklumat lanjut, layari: 
Richworks International Sdn Bhd

Website: www.richworks.com

Facebook : Azizan Osman
Instagram : @azizanosmanofficial
Twitter: Azizan Osman Official
Youtube :Azizan Osman
Page Email: inquiries@richworks.com.my

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Lelaki Ini Mahu Bantu 10 Ribu Orang Untuk Ubah Hidup?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *