November 2, 2024

Pergi Sekolah Naik Bas Sekolah Free!

Pengalaman Naik Bas Sekolah.

Semasa bersekolah rendah Darjah 1-3, setiap hari ayah akan menghantar dan mengambil aku di sekolah. Masuk je darjah 4, aku hanya berbasikal ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 4 km. Kemudian aku bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh di Kelantan. Dari asrama ke bilik darjah, hanya berjalan kaki setiap hari. Bila dibenarkan pulang ke kampung di hujung minggu, barulah aku naik bas..jadi kalau nak bercerita tentang pengalaman naik bas sekolah setiap hari ke sekolah memang pengalaman aku zero..hehe..

Aku tak pernah menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk ke sekolah. Tetapi setiap hari, sebelum ke ofis, aku akan terserempak dengan bas sekolah yang menggunakan jalan utama di taman perumahan aku untuk mengambil anak-anak jiran. Acap kali aku bertanyakan pengalaman isteri aku yang merupakan pengguna tegar bas sekolah semasa zaman persekolah beliau. Seronok dengar pengalaman naik bas sekolah beliau.

Cuma yang tak seronoknya, beliau selalu bercerita tentang rakannya yang tidak dibenarkan menaiki bas sekolah disebabkan bayaran bulanan yang tidak mampu dibayar oleh ibu bapa rakanya itu.

Bayaran Bulanan Bas Sekolah

Berapa bayaran sebulan? RM35 sahaja! Itu cerita 20 tahun lepas..

Kini dengan bayaran bulan sehingga RM80~RM150 sebulan, berapa ramai ibu bapa yang rasa terbeban dengan kos ini? Eh, janganlah dikira mereka yang berpendapatan tinggi. Aku bercakap tentang mereka yang kurang bernasib baik. Aku yakin keluarga yang berpendapatan rendah dan tinggal di ibu kota yang serba-serbi harga tinggi mesti akan rasa sangat terbeban dengan kos ini. Apatah lagi mempunyai 2,3 orang anak yang perlu menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk ke sekolah.

Ini merupakan dugaan hidup mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Daripada perkongsian rakan ofis aku yang menetap di Kerinchi KL dan pernah berpengalaman menggunakan servis bas sekolah untuk anak-anak beliau, satu inisiatif perlu diambil untuk membantu meringankan bebanan mereka dalam isu ini.

Beliau tahu tentang Skim Bas Sekolah Percuma, tetapi masih ramai lagi yang layak menerima bantuan tetapi langsung tidak mengetahui tentang skim ini. Aku pun baru tahu. Dan aku rasa aku perlu kongsikan info ini supaya sampai kepada mereka yang layak menerima Skim Bantuan Bas Percuma!

Bas Sekolah Percuma

BANTUAN BAS PERCUMA

Sejak awal tahun lalu(2017) Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara. Sejumlah RM80 diperuntukkan bagi setiap murid yang menggunakan perkhidmatan berkenaan. Terima kasih KWP & DBKL yang melantik syarikat perkhidmatan bas yang terlibat dan menanggung sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi Program Bantuan Bas Percuma menerusi bajet DBKL 2018..

Skim Bas Sekolah Percuma

Untuk makluman, lebih 8000 orang anak-anak yang bersekolah mendapat manfaat daripada program ini.

Program bas sekolah percuma meliputi 74 kawasan PPR dan PA. Pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu.

Manfaat Bas Sekolah Percuma

Dari lubuk hati aku, diharapakan agar program ini akan diteruskan walau siapa sekalipun yang bakal memimpin kerajaan nanti. Ini merupakan satu sumbangan yang amat diperlukan oleh mereka yang kurang berkemampuan.

Aku pasti, mereka mendapat banyak manfaat daripada program Bas Sekolah Percuma ini, tidak kira perbezaan warna kulit, pegangan politk mahu pun agama.

Terima Kasih KWP & DBKL!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

34 thoughts on “Pergi Sekolah Naik Bas Sekolah Free!

  1. macam-macam disediakan untuk kemudahan anak-anak ke sekolah…siap diberi perkhidmatan bas percuma lagi.

  2. bagusnya dah ade program macam ni dekat bandar. bukan apa, living cost dah la tinggi dekat bandar, harapnya program macam ni dapat meringankan beban mak ayah lagi2 yang berpendapatan rendah. masa saya sekolah dulu siap kena bayar tambang bas dengan ktm lagi. kena naik 2 transport awam. huhu

  3. Good post and sharing…teringat zaman sekolah dulu2…tapi pernah naik bas free time lawatan je..

  4. Alhamdulillah, memang bagus ada insentif camni. Teringat masa tengah belajar dulu. Asal hujung bulan je kesian tengok my mon pulun nak dapatkan duit nak bayar upah van sekolah

  5. It’s good that they are finally having a program that will help children and families that need this kind of support. It should be a general thing, so that education is compulsory and easy for the next generation.

  6. I like how the government initiate the program to help low income family. Taking school bus is not cheap but with the skim it actually help. Will share with my friend.

  7. Bagusnya sediakan banyak keperluan untuk rakyat di wilayah persekutuan. Ruby pernah duduk di Wilayah Persekutuan dulu. Takda lagi semua ni. Program ni dah start berapa tahun eh Jamar? Kalau masa zaman dulu ada, mesti mak ruby dapat jimat belanja jaga anak. Sebab ibu tunggal kan. Bila tak mampu untuk bayar bulanan bas sekolah. Kami adik beradik belajar Jalan kaki ke sekolah. Wuwuwu

  8. Teringat pula memori naik bas ke sekolah. Dulu yuran berpatutan tak tahu pulak sekarang hampir mencecah RM100 ya. Kalau ada anak ramai, kesian juga dekat parent. Nasib baik ada bas percuma ni. Kurangkan lah skit beban kan.

  9. Beruntung anak2 muda sekarang. Segala persiapan tersedia oleh kerajaan. Satu lagi usaha kerajaan yg bg saya sgt bagus utk diperkenalkan. Untuk era di mana kedua ibubapa bekerja, perkhidmatan bas percuma sebegini mmg sangat2 diperlukan. Dipercayai dan selamat.

  10. seronok dpt naik bas sekolah masa sekolah dulu. skrg lagi untung sbb ada bas percuma. mmg bagus skrg kerajaan buat mcm tu utk bantu rakyat

  11. Program. Bas sekolah percuma ni sangat membantu meringankan bebanan pada yang memerlukan. Macam nina sendiri, anak 5 memamg besar Belanjanya. Huhuuu

  12. Bagus adanya projek bas sekolah ni especially di bandar. Dapat meringankan ibu bapa ke atas kos perbelanjaan sekolah anak2 terutama yang kurang berkemampuan.

  13. Sama la kita zero dengan pengalaman pergi sekolah naik bas. Sekolah dekat, jadi naik basikal je la. Bagus juga ada skim macam ni. Kalau sebulan anggaran RM80 ke RM150 sebulan itu baru seorang anak kalaubada tiga anak. Banyak tu. Bila ada skim macam ni dapatlah ringan sikit kos yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa.

  14. Emi dulu tak pernah berpengalaman naik bas sekolah pun. Pergi sekolah mak yang hantar. Balik pun mak ambik. Kawasan kampung kan, mana ada bas sekolah bagai ni, hehe. Duk teringin la nak pergi sekolah naik bas haha.

  15. Pernah dengar pasal bas sekolah percuma ni. Kat Sekolah Kebangsaan anak dulu, masalah tak dapat pergi sekolah adalah sebab transport mahal. Mereka tinggal kat PPRT berdekatan. Boleh la meringankan beban mereka yang memerlukan. Takde alasan lagi tak datang sekolah kan?.

  16. Bestnya dapat naik bas sekolah percuma… Dapat jimat tambang pergi balik hantar anak ke sekolah….

  17. Tak pernah tahu pon tau pasal program bas sekolah percuma ni. Bila ada hebahan pasal program ni, baru lah tahu. Memang bagus sangat program macam ni sebab membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tambang bas sekolah dah mahal tu.

  18. Program macam ni memang sangat bagus untuk meringankan beban ibu bapa.zaman sekarang banyak sangat perbelanjaan tak sesuai dengan pendapatan isi rumah

  19. betul tu dulu zaman akak belajar pun sebulan rm 25 sekarang mn nak ada dah bayaran semurah tu lebih koman pun rm 80 ke atas..untung la sapa yg dapat naik bas free..kena ucap alhamdulillah selalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *