Kalau ikutkan update rakan-rakan di media sosial, banyak tempat makan sedap dan menarik di Puchong dan Putrajaya. Tapi aku jarang ke area sana.
Minggu lepas, habis sahaja pusing pusing Karnival Upin&Ipin 2015, wifey teringin nak makan Western Food sedap di area Puchong ni. Susah gak nak mencari restoran western food sedap kat sini memandangkan kitorang tak biasa dengan kawasan sini. Tetiba teringat Pasta Express Putra Perdana yang pernah masuk program Jalan-jalan Cari Makan di TV3.
Pasta Express Putra Perdana terletak di Taman Putra Perdana, Puchong. Dari IOI City Mall, dengan berpandukan WAZE, tak sampai setengah jam, kitorang dah boleh siap duduk dan pesan makan!
Sangat tertarik dengan hiasan dalaman Pasta Exspress Putra Perdana ni yang berkonsepkan ringkas tapi tampak ekslusif. Ala-ala makan kat restoran di Itali gitu. Kat sini ada pelbagai spesis Pasta dan menu-menu barat lain. Ketua Chef kat Pasta Express ini ialah En.Abdul Aziz, juga merupakan President di Merci Chefs Malaysia.
Nak tahu apa yang kami dah cuba di Pasta Express Putra Perdana ini?
Untuk menu appetizer ni, nak tahu ianya sedap atau tak. Tengok masa sampai main course, masih ada baki atau pinggan kosong. Yey, kitorang pun licin ok! Terutamanya Bruchetta Bolognese&Cheese tu, siap licin aku jilat woo..
Untuk yang bawa anak-anak, tak perlu risau nak kena suap bagai diorang ni. Kat Pasta Express ni juga disediakan meja kerusi untuk anak-anak menikmati hidangan mereka sendiri. Ikut diorang la nak suap macam mana, bersepah tak pe, janji tak kotorkan baju..oh ye, Kids Eat Free!
Antara Spaghetti Aglio Olio terbaik yang pernah aku makan. Tidak terlalu berminyak dan rasa pedas chili flake tu memang ‘wow!’. Tang daging ayam tu banyak ke sikit, takyah cakaplah, banyakkkk gila kot. Puas hati.
Apa macam? Meleleh tak? Thumbs up untuk menu-menu yang aku dah pesan dan cuba ni. Nak kena datang lagilah ni kan untuk cuba menu-menu lain..
Perut dah kenyang, hati dah girang..lagi syiok dapat pekena cappucino panas kat sini. Kopi kisar ye bukan yang paket 3in1 tu. Hirup perlahan-lahan sambil menikmati rasa cappucino yang dimesin sebati..perghhh!!!
Memang aku rekemen korang yang stay kat area Puchong ni atau kebetulan ke area sana, bolehlah terjah ke Pasta Express Putra Perdana ini. Sesuai untuk dijadikan port bersantai sambil makan-makan bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Alamat Pasta Express Putra Perdana:
Jalan Putra Perdana 5C/1 Taman Putra Perdana, 27, Puchong,Selangor 47100, Malaysia.
No Tel: 012-285 0117
Facebook Pasta Express Putra Perdana
Burpp…alhamdulillah…
Kalau ada tempat khas untuk anak-anak memang best la buat port makan-makan
kedainya sempoi je tapi gambar menu nya menarik!!
Kedainya sempoi je tapi gambar menunya sangat menarik..
Yang di Puchong Indah dah tutup dah beberapa bulan lepas. Jadi lepas ni nak kena terjah ke Putra Perdana lah pulak.
menarik tu ada tempat khas kanak2
kan..anak selesa, mak pak nak dating pun selesa gak hehe
hAI….Lain macam jer bunyinya tu… Hahaha
bunyi apa tu bro? haha