Restoran Jaring

Ikan Keli Bakar Percik Sedap di Restoran Jaring, Bandar Sunway

Menu ‘percik’ memang menjadi kegemaran aku sejak kecil lagi. Tidak kiralah ayam bakar percik mahu pun ikan kembung bakar percik. Ayam atau ikan kembung memang sinonim dengan masakan ‘percik’. Cuma, ikan keli bakar percik agak susah dijumpai di mana-mana kedai makan sedap di Lembah Klang. Antara lokasi feveret aku untuk ikan keli bakar percik sedap di Restoran Jaring, Bandar Sunway. Kalau ikut ‘umur’ restoran, Restoran Jaring ni boleh dikira restoran lejen/veteran sebab dah lama bertapak dengan kukuh di sini.

Siapa pernah menjamu selera Restoran Jaring?

Seingat aku, sejak aku bersekolah rendah lagi (lebih 10 tahun yang lepas hehe) Restoran Jaring ni dah bertapak di lokasi yang sama ini. Terletak tidak jauh dari Sunway Pyramid, bersebelahan dengan premis Pizza Dominos Bandar Sunway.

Menu Di Restoran Jaring, Bandar Sunway?

Macam-macam ada! Series..lauk-pauk kat sini banyak gila kot. Rambang mata dibuatnya. Ada variasi kerabu (kacang botol, perut, jantung pisang dll), ada masak lemak, ada asam pedas pari, sup gearbox, ayam bakar, ikan keli bakar, paru pedas, ayam percik, kembung percik, keli percik, pedal, ulam-ulaman..hoii penat aku nak cakap semua menu kat sini! Meleleh air liur aku dok teringatkan menu-menu yang nampak sedap semuanya!

Kalau kau tak de selera dengan nasi campur, jangan risau, juga ada nasi ayam, nasi goreng, variasi sup dan juga kuih-muih. Tepuk perut, tanya selera~lah!

Nah, ini baru sebahagian daripada lauk-pauk yang disediakan di sini. Siapa peminat keli bakar percik di sini? Kita gang…

Sebenarnya, Restoran Jaring ni tak jauh pun jaraknya dari ofis aku. 5 minit memandu sahaja. Jadi, kalau aku terasa nak makan menu sedap masa sesi makan tengah hari, memang ke sinilah jawabnya. Tetapi…aku ni jenis rambang mata. Lauk banyak pun, menu kat bawah ini juga yang aku akan ambil setiap kali ke sini..hahaha..ibarat ramai ramai wanita di sekeliling, tetapi isteri yang seorang tu juga yang mampu membahagiakan aku 🙂

Harga Makanan di Restoran Jaring.

Bab harga makanan, pada aku ianya subjektif. Contohnya, sepinggan nasi bersama seekor ikan keli bakar percik bersaiz agak besar, dengan kerabu kacang botol, ulaman (terung&jantung pisang) dan budu, harga di sini adalah lebih kurang RM10. Ada yang akan berpendapat ianya agak mahal berbanding harga di kedai makan lain. Tetapi ianya harga normal di Restoran Jaring. Pada akhirnya, pada aku, sekali-sekala ‘..is OK‘ .. lagi pun kualiti makanan di sini memang ‘premium’. Kalau hari-hari, mahu ‘rabak gak poket’ aku..Sekali lagi, tepuk perut, tanya poket sebelum tanya selera..haha.

Satu lagi sebab aku suka ke Restoran Jaring di Bandar Sunway ini adalah tempat duduk yang selesa. ‘Selesa’ pada aku bukan sebab ada sofa atau kerusi yang empuk, tetapi kalau meja di bahagian bawah sudah penuh dengan pelanggan, aku akan naik ke tingkat atas. Konfem ada meja kosong. Di tingkat atas, disediakan lebih banyak meja dan juga penghawa dingin!

Burpp alhamdulillah..

Alamat Restoran Jaring, Bandar Sunway:

48, Jalan PJS 8/2, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Buka: 7 pagi ~ 7 petang

Telefon: 03-5636 6366

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

25 Comments

  1. eh nape komen pertama masuk ye, huhuh nangis… tapi apa pun ikan keli my fav I, I nak pergi nanti once gaji dah masuk gitu

  2. wow sangat menyelerakan, i dah lama tak makan ikan keli, nanti dapat gaji nak pergi makan ikan bakar wehoo.. cicah dengan asam pedas memang da bom !

  3. adudududu jantung pisang tu fevret..kalau ada sambal pecal tu mmg ratah je

  4. wow i know got ayam percik, but didnt know got ikan keli bakar percik jugak! i want to try!

  5. Fuhhh. 1st time tahu ade menu ikan keli bakar percik. Biasanya ayam dan lain-lain binatang. Kebetulan memang minat sangatmakan nasi dengan lauk ikam keli. Selalunya kalau ada pun dekat restoran ikan keli bakar biasa je cicah kuah asam tak pun cicah sambal kicap. Next timw boleh merewang ke bandar sunway cari ikan keli percik ni. Hehe
    D. Naim recently posted…Strongest Man 2018My Profile

  6. Ya Aulah. Lazatnya la lauk-lauk kampung begini. Rawlins memang penggemar makanan sebegini – memang setiap weekend Rawlins akan mencari lauk-pauk kampung untuk lunch,
    Rawlins GLAM recently posted…Be Secured. Get Patent.My Profile

  7. Makanan sedap, tempat duduk selesa dan kalau servis pun bagus…normal kalau harga lebih sikit. Lagi pula tanda harga diberi…jadi pelanggan boleh buat pilihan.

    Saya rasa…pelanggan tidak patut mempertikaikan harga kalau harganya terpapar jelas. Lain kalau harga tidak diberitahu. Setelah makan baru tahu harga.
    ahmadyani recently posted…Peluang Graduan Berikutan Berita 50,000 Bakal Hilang Kerja Pada 2018My Profile

  8. Alahaiii… Sedapnya. Terus lapar perut ni. Standard harga skang kalau makan dalam RM10. Ikan bakar pon dah RM7-10.

  9. fuhh mengancam betul ikan keli bako tu. makanan lain pun nampak sedap semuanya, banyak pilihan menu kat restoran ni. bestt

  10. Time lunch mesti restoran ni banyak pelanggan kan . Sebab variasi menu untuk lunch macam – macam ada dan banyak pilihan .so tak mustahil la restoran ni dah bertapak dengan lama ..bisnes maju

  11. Meriahnya Restoren Jaring ni. Tak pernah lagi menyinggah sebab jarang ke Sunway Piramid. Btw, masakan dan lauk begini mmg sy suka. Ayam percik ke bakar ke memang faveret. Terus mgidam ayam percik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam