December 2, 2020

Original Ijan Mee Udang, Telok Panglima Garang

ok ok..blog travelog&photoblog dah jadi blog makan-makan.hahah..nak wat camnerkan. Kalau berjalan ke sana ke mari, mesti la nak mencuba gak local food yang glamer kat sesuatu tempat tu kan.

OTW balik dari Tiara Beach Resort hari Sabtu lepas, sempat singgah di area Telok Panglima Garang untuk makan malam. Mama Aini rekemenkan kedai Original Ijan Mee Udang sebab tengah hari sebelum tu dah lunch dengan nasi kan, kira dah berat le tu kan. So malamnyer, makan yang light-lgiht jer..katanya…

 

Kenapa dinamakan Original Ijan Mee Udang??. Yes, sebabnya owner kedai ni berasal daripada Taiping tak silap, kan tempat tu popular ngan mee udang yang mabeles lagi gorjes, mi udang mak jah, eh ke mak jenab???

Nyummy..mee sikit atau udang yang melampau banyak..ada lebih daripada 10 ekor tak silap. Pehh..

Hidangan makan malam untuk tiga orang. Misi nak makan benda yang light-light je aku rasa memang tidak ke sampaian. Sebabnya, selain daripada potion yang memang besar, ada side dish lgi..Om nom nom..

 

Cendawan goreng panas-panas. Fuhh..cik Nunu bukan main lagi suka, mula-mula tanya macam taknak jer..tapui lepas try seketul, aku pon jadi suka..walawey, sedapnya..

Cuba teka, muka ngah kelaparan ke kekenyang???

Meleleh air liur? Ok ok, kalau korang lalu area kedai ni, apa kata singgah pekena mee udang ni. Berbaloi woo..

Lot 239, Batu 11, Jalan Klang Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Tel no: 0123101763

** Mee udang aku bersaiz L – RM12 dan untuk mama aini ngan cik nunu bersaiz biasa, RM6..ok wat kan??

burppp…

Update: Kedai dah tutuppppppp….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Original Ijan Mee Udang, Telok Panglima Garang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *