March 19, 2024

3 Sebab Perlu Melabur Untuk Pendidikan Anak-anak.

3 Sebab Perlunya Melabur Untuk Pendidikan Anak.

Assalamualaikum wbt & Salam Pagi. Selepas aku mendapat respon yang positif untuk perkongsian tentang ” Idea Kumpul RM41,478.51 Untuk Anak Sambung Belajar “, kali ini aku ingin berkongsi 3 sebab UTAMA ibu bapa perlu melabur khas untuk pendidikan anak-anak. Aku pasti, bukan 3 sebab ini sahaja, ada banyak lagi sebab yang menjadi faktor perlunya ibu bapa melabur untuk Pendidikan Anak . Mungkin ada yang dah sedar, alhamdulillah. Mungkin ada yang baru bermula, alhamdulillah, juga masih belum terlambat. Pada aku, ilmu kewangan ini sentiasa berkembang mengikut perkembangan semasa.

#1 Perbelanjaan Besar

Untuk kos pengajian di peringkat universiti tempatan Malaysia, anggaran kadar inflasi ialah sebanyak 5% setahun. Realitinya, kos pengajian peringkat ini menelan perbelanjaan yang besar saban tahun. Terutamanya untuk kursus kritikal seperti Perubatan dan Kejuruteraan.

Jadi, apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk memastikan anak-anak mendapat dana pendidikan yang secukupnya untuk menyambung pelajaran kelak?

Jawapnya ialah, ” Mula melabur untuk pendidikan anak-anak mulai sekarang!”

Konsep asasnya dalam pelaburan adalah, semakin awal kita mula menyimpan, semakin rendah komitmen simpanan bulanan untuk mencapai sasaran jumlah yang dikehendaki. Sekaligus berjaya mencapai dana yang mencukupi untuk membiayai pengajian anak-anak di universiti, mungkin 15 tahun akan datang.

3 Sebab Perlu Melabur Untuk Pendidikan Anak-anak
Tabung Pendidikan Anak

#2 Persaingan Sengit untuk Biasiswa

Atas alasan ‘Perbelanjaan Besar’ diperlukan untuk menyambung pelajaran di universiti, masing-masing berebut untuk mendapatkan tempat dalam senarai penerima biasiswa sama ada daripada pihak kerajaan atau pun pihak swasta yang lain.

Persoalannya berapa ramaikah yang layak menerima biasiswa ini? Persaingan untuk anak-anak menerimanya adalah sangat sengit. Cemerlang di bidang akademik bukan penentu anak-anak ini mendapat biasiswa.

Ini semua bukan dalam kawalan kita sebagai ibu bapa. Jadi, apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan dan dikawal oleh ibu bapa?

Jawapan aku sama, “Mula melabur untuk pendidikan anak-anak mulai sekarang!”

#3 Elak Bebanan Hutang

Bagi anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat tajaan penuh/biasiswa, pilihan lain yang mereka ada ialah membuat pinjaman pendidikan. Samada melalui PTPTN atau pun mana-mana badan yang menawarkan pinjaman pendidikan dengan skim-skim tertentu. Biasanya, pinjaman pendidikan ini perlu dilangsaikan beserta dengan cas tambahan.

Pendek kata, anak-anak ini sudah mempunyai ‘rekod hutang’ terlebih dahulu sebelum menerima slip gaji pertama mereka. Ini normal bagi masyarakat kita di zaman sekarang ini. Cuba kita fikir sejenak. Bagus ke tidak bagus sekiranya amalan ini diteruskan?

Jadi, apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan amalan ini diteruskan oleh generasi akan datang?

Jawapan aku masih sama, “Mulalah melabur untuk pendidikan anak-anak mulai sekarang!”

Kenapa MESTI “Mula melabur untuk pendidikan anak-anak mulai sekarang!” ??

Bagi anak berumur bawah 5 tahun, simpanan RM100-RM200 sebulan sudah cukup untuk sediakan simpanan melebihi RM100,000 bagi membiayai pengajian mereka kelak.

Bagi anak berumur 5 – 10 tahun, simpanan RM200-RM600 sebulan diperlukan untuk membina dana pendidikan berjumlah lebih RM100,000 bagi membiayai pengajian anak nanti.

Bila patut bermula menyimpan dan melabur untuk pendidikan anak-anak?

Sedaya mungkin, mula menabung sejak hari pertama mereka dilahirkan.

“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

Paling penting, carilah instrumen pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan yang berganda!

Sebarang pertanyaan untuk merangka pelan tabung pendidikan anak-anak, jangan segan-silu hubungi aku. Tinggalkan no kontek di ruangan komen. Aku sedia membantu 🙂

 

Nota: Penulis sangat mengalu-alukan kalian untuk ‘SHARE’ artikel ini dengan yang lain. Mungkin usaha ini nampak biasa-biasa, tetapi ianya jua adalah satu PELABURAN. Kebaikan dan manfaat yang disebarkan, insyaAllah kita sama-sama memperoleh pahala sebagai bekalan di Alam sana

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

22 thoughts on “3 Sebab Perlu Melabur Untuk Pendidikan Anak-anak.

  1. Setuju…dengan ekonomi negara yang sangat hectic sekarang ni..memang perlu menabung..pinjaman blom tentu dpt ye tak..nak plak ibu tunggal macam SA ni…memang perlu sediakan tabungan untuk anak…

  2. Fuhhhh bukan setakat itu aje. Kos belajar, saingan biasiswa dan elak bebanan hutang ni perkara general. tapi simpanan ni kena pupuk kat anak-anak. kita dah mulakan menabung, harap mereka teruskan sikap berbelanja ala kadar dan fikir betul-hetul berbelanja itu keperluan atau nafsu semata-mata. pada masa akan datang lagi banyak perkara mereka nak. sekarang gadget pun mereka dah minta selepas tengok anak org main. adudududuudu. belajar rajin-rajin, universiti mana anak nak pi insyaAllah boleh! ADUDUDUDUDUDU

  3. Nice sharing bro…betul la..kesian anak kalau x simpan utk diorg belajar…sebab kos mkin lama mkin mningkat…biasa la..hujan ja yg turun..yg lain terus akan naik😂😂😂

  4. Setuju !! Kos pendidikan skrg makin mahal. Kalau jenis pelajar yg x memikirkan cara nk bayar pinjaman, mmg habislah. Sbb tu kena didik anak supaya bljar sungguh2 utk dpatkan first class. So that even xdpt biasiswa, boleh tukar pinjaman kpd biasiswa.

    1. mungkin tidak relevan masuk universiti..tetapi menuntut ilmu sgt perlu, walaupun bukan di universiti. dan semestinya menelan kos yang agak tinggi..unless mak pak memang dah tinggalkan harga utk 7 generasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *