March 19, 2024

3 Perkara Simple Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Untuk Elak Anak-anak Terjebak dengan Najis Dadah

3 Cara Mudah Elak Anak-anak Terlibat dengan Najis Dadah

Ekoran tragedi kebakaran Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyayatkan hati, seluruh rakyat Malaysia terkejut dan bersedih dengan kehilangan 25 nyawa yang tidak berdosa.Pada awalnya netizen menunding jari kepada pengurusan Maahad Tahfiz tersebut yang dikatakan tidak menitik-beratkan soal keselamatan di bangunan tersebut. Satu per satu bukti yang mengaitkan kejadian tersebut disebabkan angkara khianat & najis dadah , sehingga tertangkapnya 4 remaja di bawah. Akibat dendam, mereka merancang dan sanggup membakar bangunan Maahad Tahfiz sekali gus membunuh.

Logik akal, bagaimana remaja di awal usia sanggup membakar sebuah bangunan yang didiami manusia lain tanpa rasa bersalah?

Tidak lain tidak bukan, disebabkan oleh NAJIS DADAH .

Aku ada mendengar bual bicara seorang aktivis yang bergiat aktif membanteras penglibatan remaja dengan dadah. Tertarik dengan topik yang dibincangakn iaitu Usaha Membanteras Penglibatan Remaja dengan Dadah sebenarnya bermula dari Rumah.

3 Perkara di Bawah Ini Perlu dilakukan oleh Ibu Bapa di Rumah untuk Pencegahan peringkat awal dari Rumah.

#1 Komunikasi Dengan Anak

Sesibuk mana pun ibu bapa dengan hal-hal mencari rezeki, cari masa untuk borak-borak atau bertanyakan khabar tentang anak-anak sewaktu di rumah. Anak-anak terutama di peringkat remaja perlu perhatian atau seseorang yang ‘care’ pasal mereka. Anak-anak Ini sebenarnya bukan nak sangat harta kemewahan, yang lebih penting mereka memerlukan masa dan kasih-sayang daripada ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, sibuk macam mana pun dengan urusan di pejabat, bila balik rumah tu, anganlah sampai berlaga bahu dengan anak di rumah pun tidak sempat bertegur sapa.

#2 Prihatin Dengan Apa Yang Berlaku Dengan Anak

Ambil tahu tentang anak-anak. Eh ambil tahu ini bukan sekadar pastikan keperluan harian mereka mencukupi atau pun duit mereka ada ke tidak.

Prihatinlah dengan siapa mereka berkawan, apa aktiviti mereka sewaktu ketiadaan ibu bapa, keadaan bilik tidur mereka dan dsb.

Paling penting, sentiasa pastikan anak-anak remaja di bawah berada di rumah pada waktu malam. Kalau nak keluar lepak mengeteh di restoran mamak dengan kawan-kawan, pastikan mereka pulang ke rumah pada waktu yang sepatutnya.

#3 Bercerita Tentang Dadah

“Melentur buluh biarlah daripada rebung” . Didik anak-anak tentang bahaya dan bahana dadah ketika mereka masih kecil.

Bagaimana cara untuk memulakan perbualan tentang dadah?

Banyak caranya. Salah satu daripada adalah ketika sesi menonton TV di rumah. Sekiranya ada iklan atau drama yang ada ‘DADAH’, boleh selitkan sesi mengingatkan anak-anak tentang bahaya dadah. Juga, ajar mereka, daripada ketagihan merokok boleh mengakibatkan penglibatan dengan najis dadah.

Habis tu kalau bapa pun merokok? Konfem kena ‘bash’ dengan anak balik kan?

Haa..yang ni pandai-pandailah korang nak didik anak macam mana.

Cukuplah aku kongsikan tiga cara atau langkah yang perlu diambil oleh setiap ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak terlibat dengan salah guna dadah. Senang dan ringkas kan? CAKNAlah tentang anak-anak yang sedang membesar..

Yang penting kena amal dan istiqamah.

najis dadah

Aku doakan anak-anak aku, keluaraku dan anak-anak kalian semua dijauhi daripada musibah najis dadah ini.

“Tuhan ambil anak anak penghafal Quran, dan tinggalkan kita dengan anak anak penghisap syabu.

Padan muka kita.”

Fikir-fikirkan juga status FB daripada leader TKFLMAN Malaysia di atas ini. Bagi aku, mendalam maksudnya…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “3 Perkara Simple Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Untuk Elak Anak-anak Terjebak dengan Najis Dadah

  1. parent pun jangan terjebak dengan merokok semua pun jadi salah satu punca anak terjebak dengan rokok dan dadah.. semoga tips ini membantu parent agar terus peka dengan perkembangan anak-anaknya..

  2. Kalau cerita pasal najis dadah ramai yang tahu bahaya

    Sebab ia jejaskan reseptor dopamine dalam otak kita

    Buatkan kita hilang semangat untuk kejar matlamat jangka panjang

    Tapi

    Ramai tak tahu yang kesan menonton pornografi sama terus dengan mengambal cocain. Kurang sikit dari morphine

    Orang yang menonton porno ni terperangkap dalam coolidge effect

    Sebab itu ramai lelaki sekarang ni tak dominan. Kesan dari ini

    Sebab itu Allah swt larang

  3. Asasnya adalah pendidikan. Usah harapkan guru untuk mendidik. Ibu bapa kena mainkan peranan yang lebih kerana masa anak di rumah lebih lama berbanding di sekolah.

  4. anak memang sangat perlu perhatian lebih jika kita tak nak anak terjerumus kedalam hal yang negatif seperti dadah, atau pergaulan negatif

  5. aku dah cakap awal-awal kat bini.

    kalau anak kurang ajar, aku lempang punya walaupun cuma 7 tahun umurnya.

    la ni, takpe lagi kalau kurang ajar sebab otak masih lom berkembang sepenuhnya.

    hoho

  6. Otak apabila rosak akibat dadah memang susah..

    deria pertimbangan antara baik dengan jahat sudah hilang..

    logik akal tolak tepi..

    yang pasti mesti buat dan mesti jadi…

    sebab itu dadah jauh berbahaya dari arak..

    yang pasti ..

    kedua-duanya adalah perosak kepada nilai kemanusiaan

  7. Memang tak sangka betul, pelakunya kanak-kanak juga. Semoga anak-anak kita tak terlibat dengan gejala dadah ni. Dadah memang membawa padah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *