December 9, 2024

Homestay Murah Port Dickson

Siapa rasa cuti tiga hari sekejap je berlalu, angkat tangan? *me!-handsup…sambil tangan dok menaip post Homestay Murah Port Dickson.

Memang cepat pun. Jumaat, Sabtu, Ahad tup tup dah hari Isnin hari ini. Walaupun sekejap, tapi aku berpuas hati (tanda bersyukur ni..) sebab cuti tiga hari tu aku dapat manfaatkannya dengan penuh jaya dan produktif. Penuh dengan aktiviti bersama keluarga tersayang.

Jadual korang selama tiga hari yang lepas pun mesti best kan. Ke tidur makan tidur makan je kat rumah? Walaweh, rugilah!

Nak tahu apa aku buat?

Jumaat pagi, selepas ziarah pusara Mama Wan, kitorang terus ke Port Dickson. Bukan untuk berpiknik, tetapi untuk mengemas, meng’vakum’ dan mengemop unit kediaman kami di PD Tiara Bay (Primaland). Agak lama tak ke sini, unit pun dah lama tidak disewakan kepada penyewa.

Kami revise balik perancangan kami untuk jadikan unit ini sebagai ‘mesin duit’. Mungkin akan dijadikan homestay murah atau dijadikan ‘rumah sewa bulanan’. Atau mungkin juga aku akan register dengan Airbnb untuk menjadi host kepada pengunjung dari negara-negara luar.

Homestay Murah Port Dickson

Banyak perancangan sebenarnya tetapi perlu menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Lagi pun, aku tengok pihak pengurusan juga sedang upgrade kemudahan-kemudahan di situ seperti taman tema air. Harapnya bila dah selesai semua, PD Tiara Bay ini mampu menarik lebih ramai pengunjung seperti zaman kegemilangan resort ini pada tahun 2007.

Unit kami ini merupakan sebuah studio apartment dengan satu ruang tidur+ruang tamu+ruang makan dan juga tandas. Setiap kali datang ke sini, ruang ini menjadi feveret Dayyan & Danish. Siap main hide&seek dalam almari, bawa meja solek dll. Belum sempat aku mop lantai, diorang dah setel mop guna baju masing-masing.

Kitorang plan untuk letak nama unit ini sempena nama diorang ni. Tak decide lagi nak letak Suite DH atau pun Villa DH. Eh ada yang tanya ‘DH’ tu stand for what? Bukan Denaihati mahu pun DawaiHati tetapi aku ambil huruf pertama daripada nama budak-budak ni. Dayyan Harith & Danish Hayyan.

Semoga projek Homestay Murah Port Dickson ini memberi manfaat kepada mereka berdua..

Tak sabar tunggu diorang ni besar. Boleh tolong aku apa yang patut. Sekarang ni fasa mereka sepahkan apa yang aku dah sapu& mop. Fasa mereka menguji kesabaran aku..haha

Homestay Murah Port Dickson

Walaupun unit ni tak sebenar saiz apartmen sebenar, tetapi boleh tahan berpeluh ketiak juga. Itu pun tak bersih 100% sebab Danish memberak tak mengenal waktu. Lagi malang, bekalan air masa ini diputuskan untuk kerja-kerja naik taraf..terpaksalah bawa Danish ke ground level untuk basuh yak yak dia.

Dah setel urusan di sini, kitorang terus bertolak ke Melaka untuk shortvacay sempena cuti hujung minggu yang panjang.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

15 thoughts on “Homestay Murah Port Dickson

  1. Menarik ni.. PD ni mmg ada waktu turun naik tapi utk long term mmg lokasi pelancongan dan kunjungan ramai antara yg strategik juga. Selamat mengemas hehee 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *