March 19, 2024

Kesilapan Terbesar Mendidik Anak-anak Mengenai Wang

Assalamualaikum wbt..

Sudah baca artikel Teknik Biakkan Duit Raya Anak di post sebelum ini?

Aku pasti, sebagai ibu bapa, kita bukan sahaja mahu mendidik anak-anak supaya bijak dalam mencari ilmu, malah mahu mendidik anak-anak mengenai wang sejak mereka kecil. Namun ada kalanya mesej yang ingin kita sampaikan tersasar daripada matlamatnya.

“Ada Wang Semua Boleh Jadi”

Frasa kata yang pernah digunakan sebagai bahan lawak tetapi menjadi satu budaya hidup dalam kehidupan masa kini. Siapa tak pernah dengar frasa kata ini? Tipulah…~

Disebabkan ini, anak-anak sedari kecil dididik tentang betapa pentingnya mencari wang, menabung, berjimat-cermat dan berbelanja secara berhemah. Kesedaran kewangan ini dirasakan perlu dalam melalui kehidupan yang kebanyakannya memerlukan wang sebagai penggeraknya.

SuamiUnggul.com

5 Kesilapan Terbesar Mendidik Anak-anak Mengenai Wang .

1. Memberikan Mesej yang Berubah-ubah Mengenai Wang

Pernah tak korang bila keluar dengan anak-anak, mereka minta dibelikan toys tetapi korang tidak mahu memenuhi permintaan anak dengan alasan ‘tidak mampu’ atau ‘membazir’? Bukan main lagi anda berkeras tak nak beli biarpun anak dah berguling-guling meragam.

Then, bila anak-anak dah ok, si ibu pula masuk kedai itu, kedai ini dan tershoppinglah dua tiga beg tangan yang tidak sepatutnya. Agak-agak apa rasa & perasaan anak-anak? Sedih!

Anak-anak bukan hanya perlu tahu nilai wang tetapi mereka juga perlu diberikan penjelasan mengenai tindakan ibu bapa yang bertentangan dengan nilai tersebut.

2.Tidak Membezakan Antara Keperluan dan Kehendak

Anak anda mahukan sepasang kasut bola yang berharga RM400 kerana jenamanya lebih gah, adakah anda akan menuruti kemahuan anak? Jika ‘ya’, anda sebenarnya sedang mengajar anak anda mengenai simbol status pengguna.

Sepatutnya, anak diajar yang tidak semestinya barangan yang berharga lebih murah tidak memiliki kualiti yang diharapkan. Mereka juga perlu belajar, membeli barangan dengan harga yang lebih tinggi bukanlah sesuatu yang bijak. Ada barangan yang lebih murah yang mempunyai kualiti yang sama dan lebihan wang itu boleh digunakan untuk tujuan lain.

3.Menyelamatkan Anak Apabila Mereka Silap Berbelanja

Untuk anak yang bersekolah (darjah/tingkatan) berapa RM yang biasa diberikan kepada mereka untuk satu hari perbelanjaan? RM10 sehari? RM50 seminggu?? Tak kisah, terpulang kepada kemampuan ibu bapa. Apa kata berikan mereka duit belanjan untuk seminggu. Jika anak menghabiskan jumlah seminggu itu dalam masa satu hari, jangan cepat kesian dan ‘top up’ wang lain. Biarkan anak merasa perit atas kesilapan itu dengan tidak dapat membeli makanan, mainan atau barangan lain yang dia mampu beli jika dia pandai menguruskan wangnya.

Jikap kerap menyelamatkan anak kita apabila mereka membuat silap, sampai bila-bila mereka tidak akan belajar cara sebenar hidup mengikut keperluan. Setuju?

4.Meletakkan ‘Harga’ Pada Semua Perkara

Anak anda ingin memiliki Playstation 4 yang harganya melebihi RM1000. Keinginan ini hanyalah kerana si anak melihat rakan-rakan mereka sudah pun memiliki Playstation 4. Sedangkan, pada tahun itu juga, anak anda akan menduduki peperiksaan UPSR. Sekiranya anda menuruti kehendak si anak tanpa mereka perlu berusaha, ini bermakna anda sedang mengajar anak anda untuk tidak menikmati hasil ‘daya usaha’. Bukankah lebih baik mengajar mereka untuk berusaha sebelum memiliki sesuatu kerana setiap perkara/benda ada ‘harga’nya.

5.Wang Sebagai Pengganti Masa dan Kasih Sayang

Sedar tidak sedar, ramai ibu bapa secara tidak sengaja memanjakan anak mereka. Kesannya mungkin lebih buruk tanpa disedari. Realitinya, menurut kemahuan anak-anak lebih cepat&mudah daripada menolaknya.

Cara ini adalah cara ringkas untuk menyatakan yang kita menyayangi mereka. Aku pasti, setiap ibu bapa tahu bahawa hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada anak-anak bukannya dalam bentuk material, tetapi lebih kepada kasih sayang. Mungkin kita terlupa, bagi anak-anak, kasih sayang bermaksud MASA ibu&bapa bersama mereka.

Selepas sedar tentang 5 kesilapan yang sering dilakukan ini, masih belum terlambat untuk kita sebagai ibu bapa mengubah dan memperbaiki kesilapan ini. Indahnya bergelar ibu bapa, setiap saat dalam mendidik anak adalah cabaran dan pelajaran untuk kita terus belajar dan belajar….

Semoga dipermudahkan segalanya untuk aku dan ibu bapa yang lain juga!

🙂

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

28 thoughts on “Kesilapan Terbesar Mendidik Anak-anak Mengenai Wang

  1. yes good post! parenting on personal finance is very important! i have mentioned it many times in my blog, in Malaysia we learn personal finance thru our parents since our education doesnt include that.

  2. Anak2 sis semasa mereka bersekolah semuanya bersikap berusaha sendiri jika hendakkan sesuatu sbb dia tahu ibubapanya masa tu tidak berkemampuan, tp sekarang semua sudah besar dan mampu menguruskan diri dan keluarga.

  3. bab duit memang patut diajak sejak kecil lagi supaya tidak terbiasa dengan ‘hidup senang’. biar mereka tahu susah senang yang ibu bapa dah lakukan untuk mereka. tak salah berbelanja untuk mereka, tapi berpada-pada jangan sampai mereka jadi mudah meminta

  4. Memang tak manjakan anak2 dengan duit. Selalu didik mereka mcm mana susahnya nak mencari duit, so sampai skrg kalau anak nak apa2 suruh depa nyimpan sendiri utk dptkan barang yg diaorg nak. Biar bila besar nanti diorg pandai berdikari sendiri dah tahu menilai keperluan yg patut dn tak patut dibeli

  5. betul ! kita sebenarnya banyak silap dalam menguruskan kewangan. kadang kita suruh org berjimat tapi kita sendiri tidak ke arah tu. Jadi bila ada anak nanti, anak2 pasti akan mempersoalkan banyak benda. Entri ini sedikit sebanyak memberi tamparan buat diri yang sangat boros dan suka membazir nie.

  6. Dulu masa Dania kecik susah dia nak bezakan duit..lama gak nak ajar dia sampai darjah 3..tapi mmg x pernah la janjikan wang sebagai ganjaran kalau nak dia nak buat sesuatu..bahaya macam tu..takut dia bawak keluar umah org..org mintak tolong dia mintak ganjaran plak nanti kan…

  7. wah.. terima kasih atas entri ini.. boleh dijadikan panduan buat ibu bapa yang baru mempunyai anak macam kami ni.. betul tu.. mendidik anak banyak cabarannya kan..

  8. No 1 rasa mcm pernah terjadi kat sy. So sy ubah prinsip, xbeli mainan, tapi sy bg upah air kotak or makanan.. lebih baik dri setiap kali teman asik beli mainan.. sy ni hati lembut susah nak tegas larang die mintak ape2. Jadi sy buat rundingan dgn tukar benda yg berfaedah ntk die.

    No 3 tu sy suka..nak praktikkan masa die sekolah nanti. Boleh uji cara die berbelanja kan..

  9. semua ada prosesnya sepatutnya dari awal memang anak-anak perlu dididik untuk lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu mengikut kemahuan. jika keperluan cubalah para ibu bapa penuhi. tapi ibu bapa juga perlu menjadi role model yang terbaik untuk anak-anak.

  10. tu la..kadang-kadang ibu bapa ni terajar anak tak serupa bikin..bukan cakap orang lain..tapi kadang-kadang secara tak sedar kita buat benda yang kita tak bagi anak kita buat..peringatan untuk diri sendiri..

  11. Betul… Mulai dari kecil kena ajar anak-anak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak… Supaya mereka tahu apa yang boleh di beli dan tak boleh di beli… Bila mereka dah pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk, senang untuk mendisiplin mereka ketika berbelanja bila dah besar nanti…

  12. Mungkir janji lepas tu ganti dengan wang

    Pun sering kita buat tu

    Janji ni mesti ditepati

    Mana boleh beli dengan wang

    Melainkan nak jadi ahli politaik

    Hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *