March 19, 2024

Hukum Trading Forex Online Dan Beberapa Trading Platform Lain.

Kami ada membaca perkongsian dari FB Voxtrade KLSE tentang hukum berdagang di beberapa platform online yang diragui status syariahnya. Rasanya rugi jika kami tidak kongsikan kepada semua. Kami juga mencari fakta-fakta jawapan untuk menyokong kepada persoalan hukum Forex yang aktif dijadikan platform buat dunia oleh rakyat Malaysia hari ini.

HUKUM Contract For Difference (CFD), Leverage, Forex Trading Online, Saham Global, Index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & Komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain)

Baca semua 20 persoalan, penjelasan penting ini & fahamkan:Point no. 2, 3, 8 & 15 tu paling PENTING!

1. Duit BUKAN Komoditi

Duit adalah perantaraan (medium of exchange) & bukannya komoditi yang boleh di dagangkan (trade). Ulama-ulama hebat zaman dahulu seperti Imam Al Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Rusyd, Al Qarafi & Shaikh Taqi Usmani telah lama mengHARAMkan trade dinar (duit).

Maksudnya tak boleh trade online, ini berbeza dengan keadaan di money changer/bank iaitu keperluan untuk menukar duit ke luar negara & dilakukan bukan bertujuan untuk trade mengambil untung (spekulasi).

2. Penjelasan mengenai Contract For Difference (CFD)

Trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain), komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) yang menggunakan Contract For Difference (CFD) ni adalah HARAM sebab TIADA SERAHAN serta merta. Trader hanya ‘trade price’ currency, saham global, index atau komoditi (gold & oil) tu saja, maksudnya trade benda yang tiada di tangan & ini ada syubhah RIBA. Trader tak dapat & tak jadi pemilik currency, lot saham, gold & oil tu pun. Ini berbeza dengan FCPO dimana trader akan dapat stok minyak & berlaku serahan.

3. Adakah Leverage itu RIBA?

Broker ada bagi Leverage seperti ‘pinjaman’ untuk trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dalam CFD, function Leverage ni untuk menggandakan modal dalam account MT4/MT5. Trader hanya deposit USD100 tapi boleh trade macam ada modal ribu/puluh ribu/ratus ribu USD modal. So Leverage adalah RIBA , dengan adanya Leverage ini telah berlaku proses jual & beli dalam platform MT4/MT5. Ada hadis Nabi Sallallahualaihiwassallam melarang penggabungan pinjaman & jual/beli. Hukumnya adalah HARAM.

4. Penjelasan mengenai trade Saham Global

Hukum trade saham global (Facebook, Starbucks, Apple & lain-lain) adalah Harus dengan syarat status saham tu patuh Shariah & cara trade sama macam trade kat Bursa iaitu kita beli lot saham & jadi sebahagian dari pemegang saham. Tapi kalau trade guna CFD & ada Leverage hukumnya HARAM sebab tak jadi pemilik lot saham, trader hanya ‘trade price’ saja & ada RIBA dari Leverage.

5. Penjelasan mengenai trade Index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain)

Selain dari index US Dow Jones, S&P500 & Nasdaq, ramai traders suka trade index FTSE 100 di UK, Nikkei 225 di Japan & Hang Seng di Hong Kong. Hukum trade index adalah HARAM sebab majoriti companies dalam index tu tidak patuh Shariah, trade guna CFD & ada RIBA dari Leverage.

6. Penjelasan mengenai Gharar

Wujud Gharar (tidak tentu) terhadap identiti pemilik & operasi broker. Sebut saja nama broker hebat international & local broker yang ada di Malaysia ini & masing-masing claim ada lesen international tapi still ada kes duit deposit traders hilang secara tiba-tiba & rugi total mengejut. Ini kerana tiada panel syariah yang boleh memantau operasi broker tersebut. Broker boleh tipu traders anytime!

7. Bank trade forex? So kita pun boleh la trade jugak?

Ada seorang Ustaz kata “bank pun trade forex”. Ya betul tu tapi conventional bank yang trade forex sebab bank tak kisah riba, hukum halal & haram. Tapi Islamic bank tidak dibenarkan trade forex sebab faktor duit bukan komoditi & ada panel Shariah yang control & monitor operasi bank tersebut.

8. Broker bagi ‘SWAP FREE’ account iaitu bebas riba?

Ini point kecil & lebih kepada ‘kosmetik’ untuk menarik minat Muslim traders saja. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Biar pun broker owner tu orang Arab, orang Islam atau Ustaz mana pun tapi tetap tidak boleh mengubah hukum HARAM untuk point di atas.

9. Boleh trade & hukumnya halal yang penting dah buat teknikal analisis?

Ini pun point kecil & bukannya ‘tiket’ untuk menghalalkan apa yang telah difatwakan haram. Point besar (baca di atas) pun dah ‘tak lepas’ untuk kata ‘Halal’ trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage. Nak trade instrument yang patuh Shariah apa pun mesti buat teknikal analisis dulu, baru la tak jadi isu ‘gambling’.

10. Asal bagi sesuatu perkara adalah Harus.

Kaedah penuh yang disebutkan oleh Imam al-Suyuthi (imam mazhab Syafie) adalah “Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada pengharaman (perkara tersebut)”. Berdasarkan hujah-hujah di atas, trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage jelas hukumnya adalah HARAM!

11. Fatwa Negeri Perak tentang forex adalah Harus?

Maksud fatwa tu adalah untuk tukar duit di money changer/bank & bukannya untuk trading online yang jelas ada RIBA Leverage & CFD.

12. Apa kata Majelis Ulama Indonesia (MUI)?

MUI sejak tahun 2002, telah lama keluarkan fatwa HARAM untuk trade forex online & HARUS untuk tukar duit di kedai money changer di airport, bank atau shopping complex.

13. Pendapat seorang Ustaz & Dr. Zaharuddin

Ramai traders yang refer pendapat & hukum dari seorang Ustaz berkenaan isu ini tapi beliau bukanlah pakar dalam bidang Islamic Finance sebab tu pendapat beliau lemah. Dr. Zaharuddin adalah pakar dalam Islamic Finance telah menjelaskan hukum HARAM dengan hujah yang padu untuk isu forex trading, CFD & Leverage ini. Dengar pendapat kedua-dua belah pihak tu & buat la perbandingan & penilaian hujah.

14. Apa fatwa tempatan & international untuk isu ini?

Rujuklah pada fatwa-fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, Majelis Ulama Indonesia (MUI), Fatwa dari UK, Australia, South Africa & Majma’ Fiqh Islam Sedunia berkenaan forex trading, CFD & Leverage ini. Semua sepakat hukumnya adalah HARAM selepas dibuat kajian yang teliti. Jangan pula kata fatwa dikeluarkan oleh mereka yang tak faham proses trading.

15. Apa alternative yang kita ada?

Boleh pilih untuk trade saham yang patuh Shariah di Bursa Malaysia.

Boleh pilih untuk trade Gold ETF di Bursa Malaysia & hukum Gold ETF adalah patuh Shariah sebagai alternative untuk trade Gold di CFD yang ada Leverage tu.

Jangan trade WTI/Crude/Brent Oil yang guna CFD & Leverage tu tapi pilih la untuk trade FCPO yang juga patuh Shariah.

Modal tak cukup untuk trade saham, Gold ETF & FCPO? Ini tak boleh dijadikan alasan untuk kita pilih trade menggunakan CFD & Leverage yang telah dihukum HARAM . Matlamat tak menghalalkan cara. Pilihlah bisnes lain yang sesuai dengan modal yang ada.

16. Rujuklah kepada pakar dalam bidang tersebut sebelum buat sesuatu.

Kita bukan ulama, bukan ustaz & bukan ahli dalam bidang Islamic Finance ini, so kita mesti la refer kepada pakar dalam bidang ini.

Ingat ayat Al-Quran surah Al-Nahl 16, ayat 43 & surah Al-Anbiyaa’ 21, ayat 7

“Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

17. Peringatan dari Al-Quran & Hadis berkenaan RIBA!

Berkenaan bahaya RIBA, sila baca surah Al Baqarah, ayat 275, “Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka ; mereka kekal di dalamnya”Baca juga surah Al Baqarah, ayat 279, “orang yang tidak tinggalkan riba, isytihar perang dengan Allah & Rasul-Nya!”

Baca juga Khutbah Terakhir Rasullullah Sallallahualaihiwassallam berkenaan RIBA iaitu “Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.” Rasullullah Sallallahualaihiwassallam bersabda: Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.

18. Saranan kepada traders baru & lama

Kepada trader yang dah lama trade & berminat nak trade forex, saham global, index (Dow Jones, S&P500, Nasdaq & lain-lain) & komoditi (Gold, WTI/Crude/Brent Oil & lain-lain) dengan menggunakan CFD & Leverage ini, sila BATALKAN niat anda SEKARANG kerana jelas hukumnya adalah HARAM.

Jangan hiraukan apa yang akan orang cakap, abaikan saja kata-kata yang negatif.

19. Saranan tambahan

JANGAN ambil conventional loan, credit card, insurance, tapi pilihlah Islamic loan, takaful & produk patuh Shariah yang lain. Ingat hadis Nabi Sallallahualaihiwassallam “Akan datang bagi manusia suatu zaman di mana orang tidak lagi peduli apakah harta/rezeki yang diperolehinya itu halal atau haram”. (HR Imam Al-Bukhari)

20. Apa nak buat dengan hasil RIBA & HARAM ini?

Hasil RIBA & HARAM mesti di’clear’kan. Boleh bagi kat masjid atau orang miskin yang memerlukan. Ingat! Apa yang diberikan tu bukan sedekah & tak dapat pahala pun sebab itu sumber Haram.

Jangan bagi family yang tak berdosa makan dari sumber ini.

Sila SHARE info ini dengan geng traders yang lain so kita boleh selamatkan geng kita dari bahaya RIBA ini.

Moga kita beristiqamah dalam mencari harta dan rezeki yang HALAL & BERKAT.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Hukum Trading Forex Online Dan Beberapa Trading Platform Lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *