Setiap kali aku mencari ilmu, setiap kali itu jugalah aku rasa masih banyak yang aku belum tahu. Tak kiralah ilmu itu daripada buku atau pun perkongsian daripada rakan-rakan di media sosial, mesti ada ilmu yang best yang aku tak pernah tahu pun.
Buat masa sekarang, aku gemar membaca update daripada rakan Facebook, Nur Aliah Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Lia. Lia ni seorang blogger dan juga usahawanita yang berjaya walaupun masih muda. Banyak update beliau berkaitan cara buat duit dan cara gandakan duit.
Terkini, aku tertarik dengan perkongsian beliau tentang Formula Urus Gaji dengan baik. Jom aku kongsikan isi-isi penting tentang formula ini.
Formula Urus Gaji.
.
Lia sedih bila tengok ramai orang tahu cara nak buat duit TAPI mereka tak tahu cara nak urus duit dengan betul!
.
Semalam Lia ada kongsikan formula urus gaji iaitu Commitment 60% : Investment 20% : Protection 10% : Wastage 10%
.
Jadi hari ini Lia nak fokuskan ke Investment 20% (Pelaburan & Simpanan).
.
Asingkan minimum 20% dari gaji bersih kita untuk simpanan duit kita. Dan pastikan kita ‘laverage’ tabung simpanan kita itu ke beberapa jenis platform seperti ASB, Unit Trust, Hartanah, Koperasi dan sebagainya.
.
Tapi cadangan Lia, sebelum nak mula buat simpanan dekat instrumen yang lain, pastikan kita dah ada duit simpanan yang basic sebanyak 6 bulan gaji.
.
Contoh : gaji rm3,000 x 6 bulan = RM18,000
.
**Boleh jadi juga duit kecemasan. Letak di akaun saving kita yang lain. ASB pon boleh.
.
Selepas kita dah ada duit kecemasan RM18K ini, baru kita start buat simpanan di platform yang berbeza. Dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu Cash dan Other People Money. (Financial Guideline by Ieza Yusoff)
.
Jom kita lihat.
.
Cash
- EPF
- ASB
- Tabung Haji
- Fixed Deposit
- Koperasi
- Unit Trust
- Emas
- Shares (Saham)
- Amanah Hartanah Bumiputera
- Private Retirement Scheme (PRS)
- Skim Simpanan Pendidikan Nasional
- Real Estate Investment Trust (REIT)
.
Other People Money
- Property Financing
- ASB Financing
- Refinancing
- Overdraft
- Businesss Financing (Sole Proprietorship)
.
Ini lah dia cara kita kembangkan duit untuk kita capai Bebas Kewangan (Financial Freedom)!
.
Lia ambil contoh paling mudah iaitu kita buat Simpanan Emas dengan bertujuan untuk :
.
- Simpanan pendidikan kanak-kanak
- Simpanan persaraan
- Deposit beli rumah pertama atau kenderaan
.
Dengan simpanan emas ini, kita boleh buat setiap bulan ‘Auto Deduction @ Standing Instruction’ iaitu menggunakan teknik tanpa sedar.
.
Cara ini lebih baik kerana simpanan akan dilakukan secara tetap dan konsisten tanpa perlu kita buat apa-apa pun.
.
Dan ramai orang tak tahu dengan cara ini sebenarnya sangat memudahkan segala urusan kita. Yelah, benda boleh buat secara auto kenapa nak kena manual lagi?
.
Alhamdulillah Lia boleh katakan 90% simpanan Lia buat sekarang ini semuanya sudah set secara automatik. Tahu-tahu je setiap 1hb duit Lia dah hilang pergi ke platform simpanan mereka masing-masing.
.
Ya. Sampaikan nak simpan emas pon Lia set secara automatik. Lagi-lagi kita semua tahu harga emas ini tetap trend nya naik dalam jangka masa yang panjang.
.
Contoh :
31 July 2018 – RM174
31 July 2019 – RM201
.
Tarikh yang sama namun tahun yang berbeza. Bayangkan kalau kita ada 100 gram berapa dah untung?
.
31 July 2018 : 100 gram x rm174 = RM17,400
31 July 2019 : 100 gram x rm201 = RM20,100
.
RM20,100 – RM17,400 = RM2,700 kenaikkan duit simpanan kita!
.
Sebab itu la kita kena konsisten menyimpan! Ini baru contoh emas, Lia belum sentuh lagi menyimpan di ASB, Unit Trust atau buat pelaburan hartanah.
.
Keuntungan itu lagi berganda-ganda kita boleh dapat dengan izinNya. InshaAllah.
.
Jom kita mula menyimpan dari sekarang. Tarik minimum 20% je dari gaji kita untuk #simpanan dan set kan secara automatik.
.
Lia faham, menyimpan ini memang aktiviti yang membosankan, namun kalau tak mampu untuk menyimpan, tambahkanlah dengan pendapatan!
Fuh, menarik bukan. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang pertama kali dengar cara terbaik untuk urus pendapatan bulanan. Tiada istilah “sudah terlambat” untuk memulakan simpanan dan juga pelaburan.
Dah baca ni kan? Jangan bertangguh lagi untuk mulakan strategi simpanan dan pelaburan korang. Sekiranya korang ada masalah atau tak tahu nak bermula dari mana, bolehlah hubungi aku ye!
inilah topik yang saya suka nak tahu..
ilmu tentang pengurusan wang peribadi..
namun sebelum pergi ke step ini..
perlu belajar juga tip menlancarkan rezeki..
supaya duit tidak putus-putus