March 19, 2024

3 Kategori Pengguna Kad Kredit

Pengguna kad kredit ada 3 jenis ketegori;

  1. Yang suka bayar semua baki tepat pada masanya.
  2. Jenis bayar minimum sahaja /sebahagian. Ada baki dibawa kebulan seterusnya.
  3. Yang reti guna sahaja. Bayar tak mau.

Bank sangat sayang pengguna jenis 2 dan menyampah gila kepada pengguna 1 dan 3.

Pengguna jenis 2 akan bayar kadar interest sehingga 15-18% setahun, dan ‘interest rate adalah atas interest rate.’

Maka pengguna 2 ini lah yang mengkayakan dan menguntungkan bank. Dan bank lebih suka offer bermacam-macam kad kredit kepada mereka.

Pengguna 1 adalah bank terpaling tak suka. Sebab mereka tak dikenakan interest, dan 1 dapat menikmati bermacam-macam kemudahan secara percuma seperti penebusan mata ganjaran, rebet, melancong, main golf dan penggunaan lounge di airport secara percuma.

Jadi bank untung tang mana untuk pengguna 1 ni?

Dari SWIPE.

Baca Juga: Cara Transfer Duit Ke Luar Negara

Sebab bank masih mengenakan fees kepada merchant. Lingkungan 2%-3%.Kalau aku pergi Tesco (Lotus) dan beli barang, swipe rm100, maka lotus kena bayr rm2 untuk transaksi itu.

Takkan lah Lotus nak bayar saja2 kepada bank kan? Rugi lah depa🤣

Sebenarnya mereka telah mengambil kira caj itu dan telah diserap kedalam harga barang. Awal2 dah markup.

Jadi siapa yang rugi sebenarnya?A rugi? Atau Lotus rugi?

Jawapan nya pengguna yang swipe kad debit dan cash.

Sebab mereka telah menanggung fees pengguna 1 secara tak sedar dengan membayar harga yang telah di markup.

1 dapat point, rebet, dan bermacam-macam lagi, Lotus tidakk rugi apa-apa, pengguna Cash/debit dapat asap.

Semoga bermanfaat.

Kredit: FB Muhammad Rahmat

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “3 Kategori Pengguna Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *