March 19, 2024

3 Tempat Makan Sedap Wajib Singgah di Ipoh.

3 Tempat Makan Sedap Wajib Singgah di Ipoh.

Semasa kunjungan kami ke Ipoh untuk Majlis Konvokesyen adik bongsu, aku mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa tempat makan sedap dan menarik yang telah dicadangkan oleh beberapa rakan di sosial media. Baru aku tahu banyak rupanya tempat makan sedap wajib singgah di Ipoh dengan menu-menu sedap dan unik. Ye la, asyik-asyik Restoran Nasi Vanggey pun bosan juga.

1.Restoran Simpang Tiga – Masakan Padang.

Lepas je check-in hotel, perut dah bising minta diisi. Sebelum ni aku tak tahu sangat pasal restoran ini. Ini pertama kali dengar, pertama kali singgah. Terletak di Greentown, beberapa minit je dari Hotel Ritz Garden kami. Restoran ini mempunyai ruang makan di dalam yang berhawa dingin dan luar. Selain masakan panas, terdapat juga juadah lauk masakan Padang untuk pilihan pelanggan.

restoran simpang tiga ipoh

Dengar cerita, Restoran Simpang Tiga ni sentiasa penuh samada hari biasa atau hari minggu. Walaupun penuh, servis dia tetap tip top. Semasa aku ‘blur‘ nak makan apa, ada seorang krew restoran assist aku untuk memilih lauk yang ada. Siap dia boleh rekemen dan terangkan apa benda lauk tu. Maklumlah, bab-bab masakan Padang ni aku kurang sikit.

Di stesen lauk, aku hanya perlu tunjuk nak itu, nak ini untuk makan 5 orang. Dan setel memilih, balik ke meja, nanti diorang akan hantarkan. Menu pilihan ikan jenahak bakar berempah , ayam penyet, masak lemak kuning telur itik, masak lemak kikil, pecal, sambal merah & sambal hijau. Nampak banyak untuk 5 orang makan kan, tetapi alhamdulillah, licinnnnnnn..

So far, menu-menu lain dah biasa jumpa. Kecuali yang ini, Masak Lemak Kikil. Mula-mula dengar word ‘kikil’ daripada krew, aku macam ‘hah??..apa benda tu??’..nasib baik akak krew tu rajin dok terangkan. Baru aku tau ‘kikil’ tu asalnya bahasa Indonesia, bermaksud bahagian kaki lembu. Aku teringat, aku pernah makan bahagian lembu ni semasa hari raya qurban, tetapi ianya dibakar. Jadi, ini pertama kali aku makan masak lemak kikil ini. Serius sedap. Since bini aku tak gemar makanan pelik-pelik gini, jadi untuk semangkuk ni, aku dan umi aku je yang setelkan. Nanti korang datang restoran ni, wajib pesan menu ni ok.

Aku lupa dah berapa kali aku tambah nasi. Yang pasti, aku pesan nasi untuk 5 orang makan pun licin. Berselera sungguh dapat pekena lauk masakan Padang ni. Makan pula bersama keluarga. Datang Ipoh, jangan lupa singgah sini ok!

Alamat Restoran Simpang Tiga, Ipoh: 

D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

Tel: +60 5-255 1220

2.Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Destinasi seterusnya untuk makan malam. Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni memang aku dah ‘aim‘ selepas terbaca FB Update Abam Shakiddo. Tak jauh pun tempatnya, belakang hotel kami je, jalan kaki pun boleh sampai ni. Ingatkan Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ini hanya menyediakan menu nasi lemak. Rupanya, pelbagai menu sedap dan menarik ditawarkan di sini.

 

Sampai sahaja di depan restoran ini, pelanggan pasti tertarik dengan juadah Pencuci Mulut yang disediakan di sini. Ada aneka bubur seperti bubur kacang hijau, bubur sagu, pengat pisang dan pelbagai lagu. Tepuk dada tanya selera.

Sebelum pesanan kami sampai, apa kata kita cuba dahulu menu pembuka selera, Pulut Mangga. Mangga masak dihidangkan bersama pulut pandan, dicucuri pula dengan santan manis..perghh..aku sempat makan sesuap dua je, yang lain diorang yang setelkan.

Datang ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ni takkan lengkap kalau tak pekena nasi lemak ayam kampung ini. Menu yang mendapat permintaan tinggi. Kalau tak, takkan bersusun ayam kampung goreng kat pintu masuk tu. Oh ye, ayam kampung ini akan dihidangkan panas-panas, menambahkan lagi selera makan kami.

Satu lagi menu tarikan di sini. Belut! Ada sup belut, belut goreng, belut paprik dan macam-macam lagi la. Belut segar pula, siap ada akuarium yang menempatkan belut-belut sedang berenang dengan riang. Aku pernah makan sup belut suatu masa dahulu, tapi sekarang aku tak rasa aku masih boleh makan. Memandangkan adik bongsu aku nak merasa menu belut, aku pesankan belut goreng. Isi dia lebih kurang ikan/ayam je, tapi kalau masa makan, aku dok terbayangkan belut tengah melentok sambil berenang-renang anak, konfem hilang selera..haha

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Banyak lagi menu-menu yang menarik perhatian aku di sini. Next trip aku ke Ipoh, pasti aku akan singgah lagi di sini.

Alamat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh: 

43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak

Telefon : +60 5-254 4318

Buka: 3.30 petang – 2.30 pagi.

3.IPOH Hainan Chicken Rice

Selepas menghadiri majlis konvokesyen, since perut dah minta diisi, adik aku bagi cadangan untuk singgah di Ipoh Hainan Chicken Rice. Dalam hati aku, alah nasi ayam je pun, apa yang sedap dengan Ipoh Hainan Chicken Rice??

Nasi Ayam Hainan ni sedikit berbeza dengan nasi ayam biasa. Untuk lauk ayam, pelanggan boleh memilih untuk ayak panggang (roasted) atau ayam stim (steamed). Selain itu, ada pelbagai pilihan ‘side dishes‘ untuk dikombinasikan bersama nasi ayam Hainan. Masa ni tengah lapar, jadi aku nampak semua ‘side dishes’ di sini sedap-sedap belaka.

Inilah hasilnya kalau masing-masing sedang kelaparan. Selain Roasted Chicken, kami memilih, Deep Fried Tauhu with Oyster Sauce, Kerabu Mangga & Lemon Chicken. Sedap ke tak? Yeahhh..sedap gilerr..kena dengan selera aku. Nak-nak memang tengah lapar kannn..tauhu goreng tu mabeles, patut korang cuba. Kerabu Mangga masam-masam manis takyah cakaplah. Chicken Lemon tu antara yang paling sedap yang pernah aku makan seumur hidup aku. Serius!

Bagi aku, nasi ayam ini, sedapnya dikira pada ayam & sambal tu selain daripada nasi ayam yang ditanak bersama pati ayam. Setuju? Bagi aku la kan, bagi kamu, aku tak tahu. So far, worth it aku singgah di sini walapun kena saman dengan Majlis Bandaraya Ipoh.

Harga? Bagi aku sangat berbaloi dengan rasanya yang sedap. Sebenarnya terdapat beberapa pilihan menu mengikut bajet anda. Ada didatangkan dalam set dan ada untuk ala-carte. Nak tahu lebih lanjut tentang rasa , jangan lupa singgah di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice apabila korang berada di sini ya.

Burppp alhamdulillah..aku kurang gemar makan nasi ayam di kedai, tetapi kali ini amat memuaskan selera. Terbaikkk…burpp..opss..Kenyang makan nasi ayam Hainan tanpa was-was sebab ianya disahkan halal oleh Jakim dan pemiliknya adalah Muslim! Burpp sekali lagi….

Alamat Ipoh Hainan Chicken Rice:

107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

28 thoughts on “3 Tempat Makan Sedap Wajib Singgah di Ipoh.

  1. Mantull sob, saya paling suka dengan artikelnya, semoga bisa jadi referensi untuk dicoba, ditunggu artikel berikutnya

  2. Restoran Simpang 3 tu overprice dan overated.
    Makanan dah sejuk dan ikan bakar tak fresh.
    Insha Allah tak singgah lagi.

  3. Saya orang Ipoh, Restoran Simpang Tiga memang banyak kali makan dah. Kadang-kadang naik jemu juga. Tambah-tambah kalau time orang banyak tak ingat.

    Saya ni jenis suka makan tempat yang tak berapa crowded sangat. Tambah-tambah pulak kalau baru lepas merawat pesakit-pesakit sihir, lagilah nak hilangkan stress 🙂

    Tetapi tak dinafikan, servis di Restoran Simpang Tiga memang tip-top, makanan pun sodap. Kalau bukan orang Ipoh, memang saya pun akan rekemen untuk rasa makanan di situ. Jangan samakan saya sebab saya orang Ipoh Mali pure 🙂

  4. Tempat mkn yg menarik..sekali je pernah ke ipoh..itupun sbb melawat org sakit..next time blh plan trip..list tempat mkn pn dh ada ni…

  5. semua tempat tu aku penah gi makan..punca aku jarang pegi tempat tu semua sebab susah nak cari parking dan selalu sesak..ahaha..restoran tasek raban juga jangan ketinggalan..:D

      1. memang ok Tasek Raban tu beb, tapi bukak tengah hari je dan kul 12 dah ramai gila orang..fuh..

        lagi satu ko pegi restoran pakeeza, tapi bukak petang..dan juga restoran Haji Sharin Low, restoran makanan chinese muslim..best gila butter prawn dia..slurrpp

  6. Lagi satu tempat makan best kat ipoh.. restoran tasik raban depan stadium. beroperasi pada waktu lunch.. memang recommend sangat sampaikan selalu nampak krew tv3 makan kat situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *