December 7, 2024

Zul Ikan Bakar – Kedai Ikan Bakar Sedap Di Besut.

Siapa yang selalu baca blog ini, pasti akan perasan tentang kedai ikan bakar sedap di Besut ni. Boleh tahan berkali-kali juga aku up pasal kedai ikan bakar tersedap di Besut ini. Komisyen je tak dapat-dapat lagi ni haha..

Zul Ikan Bakar Kampung Kuala Besut ni terletak lebih kurang 15 minit darip rumah ummi aku. Memang menjadi tempat makan kegemaran kami sejak aku kecil lagi. Kali ini, sekali lagi aku update tentang Restoran Zul Ikan Bakar ini semasa trip balik kampung pada minggu lepas (cuti Hari Malaysia).

Kami bertolak balik kampung pada hari Khamis lepas. Sempat juga kami singgah makan tengah hari di Lemang To’ki sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Besut. Alhamdulillah, kami tiba di rumah Umi lebih kurang jam 8 malam. Memandangkan Ummi berpuasa sunat Khamis pada hari itu, ambil peluang dan waktu berkat ini untuk belanja Ummi berbuka puasa. Jadi sementara menunggu kami tiba, ummi hanya berbuka puasa beralaskan kuih-muih. Jadi kami tiba di rumah dan terus bawa Ummi ke Zul Ikan Bakar.

Sangkaan aku yang kedai tidak dipenuhi pelanggan pada hari Khamis adalah meleset. Pelanggan tetap penuh. Mujurlah semasa kami tiba, ada satu meja kosong. Ngam!

Duduk dan terus ke bahagian ikan segar untuk dipilih dan dibakar. Kat kedai Zul Ikan Bakar, hanya menu bakar berempah ditawarkan selain goreng tepung. Jika terasa nak makan ikan masak tiga rasa ke, ikan bakar masam manis ke, di sini bukanlah tempatnya.

kedai ikan bakar besut
Pekerja Zul Ikan Bakar sedang membakar Ikan Bakar Berempah.

Kali ini, kami memilih ikan mengikut selera Umi. Umi berkenan untuk memilih seekor ikan jenis muduk abu bersaiz sederhana dan seekor ikan tuka menjadi pilihan untuk dibakar rempah. Menu sampingan semestinya 2 pinggan sotong celup tepung dan seekor ikan kembung celup tepung. Nampak banyak untuk 3 orang makan (tak termasuk Dayyan Danish) kan. Kita tengok boleh setelkan ke tak.

Eh ada yang tanya macam mana rupa ikan muduk abu dan tuka? Aku nak cerita pun tak gheti gak..try Google.

Harga Ikan Bakar Zul
Harga Ikan Bakar di Kedai Zul Ikan Bakar

Kat atas tu, harga ikan yang dah siap dibakar rempah. Aku tak pasti lebih murah berbanding Port Klang atau Melaka. Yang aku tahu, menu ikan berempah kat sini tak pernah lagi aku jumpa di tempat lain. Lagi pun, meu kat sini lebih kena dengan anak tekak dan selera aku. Sedap weih!

Zul Ikan Bakar Kampung Besut
Ikan Bakar M.Abu dan Tuka

Ikan bakar kat Zul Ikan Bakar ni dibakar bersama rempah istimewa dan dibungkus dengan duan pisang. Faham faham je la aroma daun pisang bakar ni macam mana kan. Sangat membuka selera! Diorang bakar ikan muduk abu dan ikan tuka ni bersama. Ye la, masing-masing bersaiz sederhana kan, senang campur sekali je.

Sotong celup tepung kegemaran Dayyan.

Selain daripada ikan bakar berempah, sotong celup tepung turut menjadi menu wajib setiap kali aku ke sini bersama famili. RM12 untuk sepinggan sotong celup tepung yang rangup ini, aku ingin sangat berbaloi di tempat lain. Ada sesetengah tempat menjual sotong celup tepung hanya memanaskan kembali.

Tapi di sini, sotong segar ini dicelup tepung dan digoreng panas-panas mengikut pesanan. Takde isu sotong celup tepung dah dingin atau dah tak panas bila sampai di meja pelanggan.

Zul Ikan Bakar Besut
Good boy Dayyan & Danish makan sendiri!

Burpp..alhamdulillah. Seronok tengok Umi berselera makan. Mestilah lebih berselera kan apabila dapat menjamu selera bersama anak menantu dan cucu tersayang. Semampu mungkin aku dan isteri akan mencari masa untuk pulang ke kampung dan buat Nekmi kepada Dayyan & Danish ni gembira setiap kali kami di sana.

Kain rentang bertulisan “Zul Ikan Bakar Mengucapkan Selamat Datang” akan menyambut kedatangan kau orang buat masa sekarang ini. hehe..jadi, nak datang ke sini, just WAZE “Zul Ikan Bakar”. Kalau dari bandar Jertih menuju ke Kuala Besut, kedai ni terletak di sebelah kiri sebelum jambatan ke Kuala Besut.

Kalau tak jumpa juga lokas Zul Ikan Bakar ini, boleh roger aku! haha

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Zul Ikan Bakar – Kedai Ikan Bakar Sedap Di Besut.

  1. Entah bila nak ke terengganu lagi.
    Tapi kaler rempah ikan bakar tu memang berbeza la dengan yang kat Melaka punya, rasa pun confirm berbeza.
    InshaAllah kalau dapat sampai ke sana, boleh la cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *