Kacang Pool Haji, Taman Dato Onn, Johor Bahru
Dah lama rasanya aku tak update pasal kisah makan-makan semasa kembara aku ke mana-mana tempat. Sudah menjadi tabiat aku untuk mencuba makanan istimewa tempatan yang rata-rata dicadangkan oleh blogger. Jika sebelum ini aku dah mencuba beberapa tempat makan sedap di Ipoh yang juga mendapat carian terbanyak di blog ini, kali ini aku ingin berkongsi satu tempat makan menarik di sekitar Johor Bahru.
KACANG POOL HAJI -SINCE 2005
Sedia maklum, Kacang Pool Haji adalah jenama makanan tempatan yang terkenal di Johor Bahru. Pendek kata, kunjungan ke Johor Bahru tidak lengkap sekiranya tidak pekena kacang pool ini. Pada yang tidak pernah merasa menu kacang pool ini, asasnya adalah ‘kacang’, samada guna baked bean ke, kacang parang atau pun kacang merah. Bahan sampingan seperti daging lembu atau kambing memberi variasi kepada kacang pool ini.
Jangan tanya aku Resepi Kacang Pool ini, sebab aku pun tak tahu! Aku tahu makan je. Ini kali pertama aku mencuba Kacang Pool Haji yang terletak Taman Dato Onn, Johor Bahru. Ada satu lagi kedai Kacang Pool Haji yang lebih dikenali ramai yang terletak di Medan Selera Bomba, Jalan Tun Abdul Razak.
Biasanya kacang pool ni dimakan bersama roti bakar. Pada aku, roti bakar ni wajib ada. Cumanya, satu set roti bakar tu tidak cukup bagi akulah. Ye la kan, kacang pool dapat semangkuk penuh. Jangan risau, kat sini boleh je minta tambah roti bakar sahaja. Makan lak panas-panas. Hmm..telur kuning yang mencair memang betul-betul membangkitkan selera aku.
Sudah beberapa kali aku mencuba menu kacang pool ini di beberapa tempat yang berbeza, antaranya di Food Truck Shah Alam. Tapi serius, ini yang paling sedap. Patutlah ramai yang bagi review positif untuk jenama Kacang Pool Haji ini.
CARA KE KACANG POOL HAJI TAMAN DATO ONN.
Senang je. Aku pun pertama kali ke sini. Guna Waze atau Google Map je. Kedai ini terletak betul-betul di tepi jalan perumahan Taman Dato Onn. Waze je Kacang Pool Haji Taman Dato Onn, insyaAllah jumpa.
Oh ye, selain daripada menu Kacang Pool (daging/kambing), ada juga beberapa menu menarik lain seperti yang tertera di dalam gambar di atas. Jangan malas membaca..haha..
Tulisan yang menarik! terima kasih
Dah lamatak pekena kacang pool ni
Macam sedap kacang pool ni ya. Tak cuba tak tahu kan.
Kacang pool dan baked beans ni ada persamaan ke? Nampak macam sama tetap makan dengan roti bakar
Wow! macam best jer, i m going to JB this month hopefully can singgah la. Tak pernah makan kacang pool macam itu.
YaAllah tepat pada masa , sebab tengah cari kacang pool johor kat mana sedap , lusa nak p johor heheh nnt nk try if sempat
dah tahu awal-awal..tu pasal suruh baca blog ni haha
Kacang pool ni rasanya macam mana tuan? Manis pedas ke?
Kak tak pernah makan lg kacang pool ni, kat KL tak taulah ada ke tidak
fuh..meleleh air liur tgk..
kalau balik jb, pasti singgah tp kat bomba tu la
Seumur hidup sis, baru 2 kali je pekena kacang pool ni. Memang sedap sangat. Kalau ada jual kat area rumah sis ni memang selalulah si terjah.
Penasaran pengen nyobain kacang poolnya pak haji. Kirim ke indonesia ada gak ya. Iihh di ah mumpung saya ada di kuala lumpur skg
Dulu2 emi selalu duk imagine camne la rupa kacang pool ni, dan kenapa nama dia kacang pool. Tp tu dulu la. Now dah kenal roti pool
tempat asalnya kacang pool adalah johor. tapi lagi rasa nampak sedap..tapi tengok telur meleleh rasa ngeri sikit sbb akk x suka telur masak mcm tu
dah lama teringin nak makan kacang pool ni. lagi2 yang dari johor.
Liez suka makan kacang pool tp xpernah mkn yg kedai jual.. makan yang sensiri masak google resepi je.. teringin nak mkn kacang pool haji yg famous ni
Pernah rasa kacang pool yang dekat bomba tu tapi tak berapa suka mungkin tak sesuai dengan tekak
Kacang pool no memang my favourite. Nampak kat menu Tu Ada lontong goreng. Saya teringin nak rasa yg tu.
kita orang JB pun tak pernah lagi singgah ke sini..nanti nak ajak jugak husband ke sini…
Baru pernah makan sekali kacang pool ni..mmg sedap juga..tp xpernah try yang kambing tu.sure terangkat ya yg tu..
tak pernah lagi makan. cuma pernah dengar aje.. nampaknya,kena test juga ni kalo ada p ke jb
Tak pernah lagi makan kacang pool ni walaupu. Banyak kali juga pergi johor.. kerja cashier kat johor pon jumpa makanan kampung sebab tukang masak orang kampung..hehe apa pon nanti boleh try cuba test
Saje jer kan..tayang time ni…mata dah nak lelap ni kekenyangan…lama tak layan kacang pool ni..bila ntah nak layan lagi
Wah nampak macam best.
Jujur saya tak PERNAH sekalipun makan kacang pool dalam hidup ni.
Haritu teringin juga nak makan, tapi puas cari kat area rumah tak jumpa. Huhu
kalau cari kt Kelate, memang susah nak jupo boh..:-p
Tak pernah pergi tempat ni di jb.. looks good… I wanna go try try
Nak cubala kacang pool daging. Tak pernah dengar tapi macam best. Nanti nak makan lontong goreng pon. Iskh… laparnya
dari pregnant anak first teringin nak makan kacang pool. tapi nak pergi ke jb tu alahai. jauhnya. hahaa. kalau pi pon terpergi tempat lain sebb jb banyak tempat makan best
Lama x makan kacang pool.. nk merasa original yg ni.. kena naik jb gak la tuk merasa kan..
nak ori memang kena turun JB kak..hehe