Home JMR Jr Anak Itu Pembawa Rezeki

Anak Itu Pembawa Rezeki

by JMR
6 comments

Sejak aku berkahwin, tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengamalkan ‘family planning‘ atau lebih tepat, ‘main tapi taknak anak‘ ..kihkihkih..bagi aku, taknak melawan fitrah, kalau ada rezeki anak seawal usia perkahwinan, aku terima. Walaupun mungkin pada masa itu, secara mata kasar, kewangan masih belum stabil. Sebab aku tahu, anak itu pembawa rezeki.

Alhamdulillah, sekarang ini aku ada dua orang anak lelaki yang aktif dan sihat. Tak pernah lagi terputus bekalan susu atau kelengkapan diorang sejak lahir. Kadang aku tak tahu mana datang rezeki lebih yang masuk dari kiri atau kanan, bawah atau atas. Kira-kira di awal bulan menunjukkan bajet yang ketat, tapi selalunya, rezeki anak-anak yang menolong aku&isteri untuk hidup selesa hingga ke akhir bulan.

Rahsia Rezeki ini memang rahsia Dia. Aku kurang gemar apabila ada rakan yang baru berkahwin di usia muda menjadikan umur atau pendapatan sebagai alasan utama untuk merancang atau menangguhkan seketika hajat untuk memiliki anak. Bukan tak boleh merancang, tetapi cukuplah sekadar niat di dalam hati, janganlah dicanang-canang atau diheboh-hebohkan seolah-olah kita berhak menidakkan rezeki Allah.

Rahsia rezeki daripada anak-anak ni memang unik dan menarik. Aku ambil kisah beberapa ‘kejadian’ yang terjadi pada anak aku.

Tempoh hari, semasa ajak abang Dayyan & adik Danish melihat gelajat orang ramai di Taman KLCC, kami duduk di tempat yang disediakan. Di sebelah kami, ada pasangan yang sedang berborak sambil makan Soft Pretzelz Auntie Anne. Adik Danish pandang je diorang sambil senyum comel. Aku rasa diorang tertarik sebab adik Danish ni agak cute, lalu diberinya satu Pretzels yang masih belum dimakan. Aku bagi hint kat isteri supaya menolak dengan baik. Tetapi diorang tetap nak hulurkan juga. Mungkin teruja dengan respon daripada adik Danish atau mungkin mereka sukakan kanak-kanak tetapi belum tiba masanya untuk menimang cahaya mata.

Semoga murah rezeki mereka nanti!

Bagi kami, kami berterima kasih kepada pasangan tersebut sebab layan adik Danish. Aku menerima sebab bukan tak mampu untuk beli, tetapi aku dapat melihat keterujaan mereka apabila Danish menerima pemberian mereka dengan riak wajah yang mampu menggembirakan mereka.

Nampak tak situasi menang-menang & murahnya rezeki seorang anak?

Doakan aku semoga berjaya mendidik anak-anak ke jalan yang diberkati Allah. Aku juga doakan korang supaya dimurahi rezeki menimang cahaya mata terutamanya kepada pasangan yang sudah lama menunggu saat ini.

InsyaAllah, saat itu pasti tiba. Amin~

6 comments

Jepara Art Furnicraft November 19, 2018 - 9:13 pm

Anak memang pembawa rezeki, apalagi anak yang soleh dan solehah yang dapat membuat orang tuanya bangga dan menyelamatkan dari api neraka.

Reply
Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN untuk Panduan Ibu Bapa June 21, 2017 - 2:09 pm

[…] Daftar Anak Baru Lahir di […]

Reply
Themebel October 23, 2016 - 12:23 pm

duh-duh comel kali adek danish nye, rejeki anak memang tak kemana ♥

Reply
Noriza Rahman October 14, 2016 - 9:06 pm

Itulah kan, ada juga yang sanggup planning sampai menidakkan kuasa Allah kan..
Noriza Rahman recently posted…Nutriwhite Transform Kulit Wajah Bertambah CantikMy Profile

Reply
NuNu EeRa October 14, 2016 - 5:30 pm

sbb tu jgk xleh nk mrah2 anak jgk.. 🙂
NuNu EeRa recently posted…Bedazzle Diamond Serum untuk wanita moden bekerjaya.My Profile

Reply
anuar October 14, 2016 - 5:05 am

Betul tu.. saya setuju.. setiap anak yang lahir ke dunia ini Allah dah sediakan rezeki untuk si anak.. jadi, tak perlu nak merancang..
anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam