December 14, 2024

Perlu ke INSURAN untuk anak?

Ye, memang perlu sangat. In fact, bukan takat untuk anak je, untuk awak, awak, awak dan awak juga perlu. Kenapa? Senang je jawapan dia, sebab ‘malang tak reti nak bau sapa yang patut dia pilih’..

ops ambil insuran ni bukan bermakna ko akan terlindung daripada musibah ke eksiden pape cuma sebagai back up plan sekiranya something bad terjadi, nauzubillah, ko ada ada cara nak setelkan bad thing tu.

Contoh, ko eksiden dan perlukan operation yang menelan belanja ribuan ringgit on the dot. Lets say RM40ribu? Ko ada on the spot? Nak tunggu bonus, lambat lagi. Nak kutip derma sikit2, lambat sangat nak cukup jumlahnya. Nak mintak mak ayah, diorang pon perlukan duit gak. Nak pinjam kawan-kawan?

Mereka pun mesti pikir dua tiga puloh kali gak kan..So, kat situasi ni la gunanya back up plan…

Alhamdulillah, kini baby Dayyan Harith pula dilindungi. Sebelum ni memang aku & Puan Nunu dilindungi oleh insuran Prudential-BSB Takaful dengan ejen yang asalnya direkemen oleh ayah aku sendiri, Cik Faizah. Sebelum ni tak kenal pun dia.

Kenal pun sebab nak amik insuran ni, then lama-lama boleh jadi kawan. Sebabnya, kami suka dengan cara dia bekerja, dedikasi dan senang dibawa dihubungi. Dah terbukti bila berlaku kecemasan kat Puan Nunu tahun lepas, yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Pantai Klang. Berguna gak medical card tu untuk kemudahan yang lebih selesa.:-)

Mungkin ada yang risau nak amik insuran ni sebab takut ditipu ejen la, susah nak berurusan dengan ejen la etc. Tu pasal kena kenal dulu ejen yang korang nak engage.

Since ejen kami ni bagus, memang dah tak ragu-ragu nak guna dia lagi untuk plan insuran si Dayyan ni. Lagi pun banyak manfaat yang akan Dayyan dapat, selain tujuan utama untuk dia ada medical card, juga boleh dijadikan sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang. InsyaAllah, bila Dayyan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM etc pon akan dapat habuannya daripada Prudential ni.

Kalau nak amik insuran nyawa ni, make sure plan dia ikut syariah ye, takaful. Kalau tak faham, boleh tanya macam-macam kat ejen. Kita ada hak untuk amik masa ejen ni..hehehe..seb baik ejen kami, Faizah ni jenis yang tak kisah. Anytime boleh buat appointment, boleh tanya macam-macam benda yang kita tak faham.

Dengan bayaran bulanan serendah RM120 untuk Dayyan, memang berbaloi sebagai back up plan. Maklumlah budak kecik ni kita tak tahu tahap kesihatan dia macam mana kan. Better beringat sebelum terjadi..at least aku tak menyesal di kemudian hari. Nauzubillah min zalik..

Untuk korang yang masih belum amik perlindungan diri ni, meh aku rekemenkan ejen aku ni. Boleh contact direct dia FAIZAH (013-7772454) dari Al-Isra Assc.  Kalau segan, boleh PM aku, nanti aku suh dia contact korang..hehehe..

**wang ringgit boleh dicari….

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Perlu ke INSURAN untuk anak?

  1. Adik aku meninggal tahun lepas, claim utk kematian tak dpt, sedangkan penerangan dari ajen dan boss dia kata tak de masalah. Claim untuk perubatan mmg tiada masalah. insurans pru juga tak dapat claim bila di meninggal dunia. Pihak pru kata, kematian yg disebabkan sakit tidak boleh menuntut, cuma boleh menuntut bila kematian disebabkan oleh kemalangan sahaja. Sedangkan dekat kad di tulis , death : RM92,000.

    1. Assalamualaikum En Arman

      Terima kasih Jamar memaklumkan saya tentang perkongsian ini (thanks a million) & pengalaman keluarga En Amran.

      Takziah En Amran atas pemergian adik. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yg diredhai Allah & disayangi Nabi Muhammad SAW.

      Ada pelbagai pelan perlindungan ditawarkan syarikat takaful/insurans. Pelan berbeza utk perlindungan berbeza.

      En. Arman,
      Boleh saya tahu nama pelan milik arwah? (Rujuk kad). Saya harap boleh membantu daripada situ insyaAllah

      Faizah
      013-7772454

  2. Assalamualaikum,

    salam ukhuwah dan salam ziarah….

    bunda dan anak bunda pun dah lebih setahun dah ambil medikal kad insuran bsn prudential ni…
    So far belum ada yang masuk hospital lagi…

    Bunda suka plan nya ada simpanan juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *