October 21, 2020

Terapi Power Apabila Anak Demam.

Terapi Power Apabila Anak Demam 

Demam. Satu situasi yang aku tidak suka. Walaupun konfem akan dapat MC yang membolehkan aku rehat secukupnya di rumah, tapi itu bukan cara aku. Kalau aku hanya sekadar baring & tidur dari pagi sampai ke malam dengan harapan demam aku cepat kebah, memang taklah.

Aku akan lawan.

Lawan dengan cara aktifkan diri. Tapi bukan dengan masuk ofis buat kerja ofis. Itu akan buatkan demam aku lebih teruk. Biasanya aku akan keluar rumah pergi ke mana-mana tempat yang boleh buatkan fikiran aku segar. Jalan-jalan di shopping mall atau mana-mana tempat yang menjadi tumpuan ramai. Yang boleh buatkan fikiran aku lebih ‘happy’.

Cara ini juga aku aplikasikan pada anak-anak aku.

Minggu lepas abang Dayyan tiba-tiba suhu badan meningkat pada waktu petang membawa ke tengah malam. Terpaksa kami bangun tengah malam untuk tuamkan air pada kepala dan badan abang untuk kawal suhu badan supaya tidak terlalu panas.

Esoknya, isteri aku ambil cuti untuk temankan abang Dayyan di rumah. Dan pada sebelah malamnya pula, aku bawa diorang keluar untuk ‘ubah angin’. Terperap di rumah seharian suntuk adalah tidak memberi impak positif pada aku.

Alhamdulillah, ‘bapa borek anak rintik‘. Ini antara terapi power apabila anak demam yang juga selalu aku lakukan dan juga berkesan kepada abang Dayyan! Yey!

Demam kebah tanpa perlu ke klinik. Eh, tapi masa proses nak baik tu, kena selalu pantau suhu badan. Jangan sampai ‘over heat’, berbahaya kepada anak kecil.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Terapi Power Apabila Anak Demam.

  1. Kita serupa! anak demam kita bawak pegi lari kat taman tasik..kekeke..bagi keluar peluh! Main-main belon biuh pun okey takde la lasak sangat lepas tu top up kan air masak bnyk-bnyk.

    Balik mandi air suam biasa esok insya Allah baik. 😉

    1. selain fizikal segar, minda diorg pun makin segar drp dok terperap dalam rumah hehe..sama gak ada org cakap, bila masuk hospital,makin sakit jadinya sebab sekliling tu suasana tak sihat.

  2. Sama macam masa saya muda2 dulu…
    Saya ni cukup penakut bila disuruh pergi ke klinik atau makan ubat.. jadi bila saya demam, saya akan aktifkan diri dgn bersukan atau lari keliling padang sampai badan basah lenjun disebabkan berpeluh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *