Anak 1 tahun Meninggal Dunia Di ‘Seat’ Belakang. Jom Ubah Rutin Harian!

Assalamualaikum wbt..

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un..terlebih dahulu aku ucapkan TAKZIAH kepada keluarga arwah anak syurga yang meninggal dunia selepas ‘terperangkap’ selama 5 jam di dalam kereta, seperti yang dilaporkan di NST.COM.MY.

Tak boleh aku bayangkan betapa seksanya anak kecil itu di saat-saat nafasnya yang terakhir. Allahu..

Sedih. Lantas fikiran aku teringatkan dua hero kecil aku. Adik Danish terhantuk kepala sikit pun aku dah rasa ‘looser’ giler sebab tak boleh nak protect dia. Apatah lagi perasaan si ayah yang baru kehilangan anak, mungkin akibat kecuaian beliau, atau mungkin sebab ‘miscommunication‘ antara beliau&isterinya.

Apa alasan pun, kecuaian dan kesalahan sebegini tak boleh aku terima!!!

Maafkan aku, teremosi. Kejadian yang berlaku ini pasti ada sebab dan asbab sehingga mengorbankan nyawa anak comel yang masih suci daripada dosa duniawi.

Dilema sebagai ibu/bapa dan dalam masa yang sama sebagai pekerja makan gaji. Rutin setiap pagi akan ‘rush’ untuk siapkan anak, hantar anak ke rumah pengasuh/tadika dan bergegas ke pejabat. Itu aku faham, sebab aku pun mengalami rutin yang sama.

Apa kata, kita ubah rutin harian kita sebagai ibu bapa yang kelam-kabut.

  • pastikan siapa yang akan menghantar anak ke rumah pengasuh/tadika.
  • once dah hantar, apa salahkan isteri/suami send sms/Whatsapp sepatah dua kata tanyakan keadaan anak semasa sampai di rumah pengasuh/tadika. Ini bukan hanya rutin isteri sahaja. Suami juga patut biasakan diri dengan mendapatkan update terkini keadaan anak. Sekurang-kurang 2,3 jam sekali.
  • Mentaliti ‘family comes first‘ harus ada di fikiran setiap ibu/ayah. Aku bersyukur sebab ini amalan di pejabat aku.
  • Sampai sahaja di pejabat, jadikan amalan untuk ‘jeling’ sesaat ke seat belakang kereta. Kot-kot ada benda berharga tertinggal ie: handbag, kamera etc..paling penting, kot-kot ada anak yang tertidur tanpa kita sedar. Nauzubillah.. *rasanya banyak dah terjadi kes tertinggal anak sebegini kan?

Anak 1 tahun Meninggal di Seat Belakang.

Ya, betul. Ajal maut di tangan allah swt. Tetapi tak salah pun untuk kita berusaha mengelakkan sesuatu benda buruk daripada terjadi.

”Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,” ( Al Anfal 53)

Semoga kita dan keluarga sentiasa dilindungi di bawah rahmat-Nya..amin.~

Al-fatihah buat anak syurga itu….

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

10 Comments

  1. kekadang rasa macam tdak boleh diterima akal, bagaimana boleh lupa anak ditinggalkan….huhu…jauhkan la sy dari jadi bergini

  2. tak tahu nak cakap ape..harap keluarga baby ini diberi kesabaran dan ketabahan yang tiada bandingan.

    Buat kita, amiklah pengajaran ini.

  3. Letih dia menangis tu…sampai menghembuskan nafas terakhir…Ya Allah Ya Allah…harap Allah jaga penglihatan kita tak lepas dari anak-anak…betul sgt tips diatas dan selalu julia amalkan…tp manusia ni terkenal dengan leka…moga Allah jaga peka kita selalu dgn anak…Al-fatihah utk anak syurga…

    Ni yg rasa nak balik rumah peluk anakkkkkkk…. (sebak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam