Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti Mega
BENGKEL FACEBOOK : #DEMISEKEPINGROTI MEGA di bawah label TRS Traning & Consultancy akan diadakan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tak..tak..korang tak silap baca..PERCUMA! FREE..Berapa ramai je sifu-sifu FB Ads yang sanggup buat Seminar Facebook Percuma kan?
Ini peluang terbaik anda yang dahagakan ilmu pemasaran untuk memantap dan memajukan lagi perniagaan, tidak kira sama ada perniagaan secara online atau offline.
Ya..sekali lagi, Bengkel FB Ads #DemiSekepingRoti ini akan diadakan secara PERCUMA! Tanpa perlu membayar apa-apa. Hanya perlu mendaftar dan hadirkan diri sahaja.
Oh ye, jangan lupa membawa semangat untuk menuntut ilmu daripada Tuan Suhaimi Umar!
Kenapa Perlu Hadir ke Seminar Facebook Percuma #DEMISEKEPING ROTI?
Berapa ramai usahawan yang ada produk, ada duit tetapi tidak ada pengetahuan untuk melakukan teknik pemasaran dengan betul, sekaligus mengalami kerugian yang bukan sedikit!!!
Aku percaya, hari ini ramai yang tahu apa itu FB Ads (Facebook Advertisement) terutama pemilik Online Business mahu pun Offline Business.
Tahu tentang FB Ads sahaja tidak mencukupi untuk memastikan jualan produk meningkat. “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.” Alang-alang dah tahu apa itu FB Ads, baik sahaja terus korek teori-teori penggunaan FB dalam melakukan perniagaan dan pemasaran secara online dengan betul dan tepat.
Hari ini, banyak kelas pemasaran FB Ads ditawarkan untuk mereka yang ingin menuntut ilmu pemasaran menggunakan medium ini. Tetapi berapa ramai yang sanggup membayar harga MASA & ILMU daripada Sifu-sifu FB Ads yang bukan murah harganya???
Tepuk dada, tanya poket.
Nota: Kalau poket tebal pun, mesti lagi best kalau tak sentuh langsung poket tu kan? PERCUMA!
Siapa Patut Hadir Seminar Facebook Percuma #DEMISEKEPINGROTI ?
1.Usahawan Online/Offline yang:
- Premis perniagaan anda mengalami masalah kurang pelanggan hadir.
- Tidak dapat tampung kos marketing perniagaan yang semakin meningkat.
- Tidak mengetahui sasaran pelanggan yang tepat untuk perniagaan anda.
- Produk lambat berkembang dan dikenali ramai.
- Iklan marketing anda kurang mendapat respons pelanggan.
2.Bakal Usahawan Online/Offline yang:
- Berminat belajar facebook ads tetapi kos mahal dan tidak tahu dari mana perlu mulakan.
Apa yang Korang Akan Belajar di Seminar Facebook Percuma?
~Rahsia kenali pelanggan anda
~Mindset usahawan Bisnes Online
~Teknik Copywriting Meleleh
~Teknik mudah kuasai produk
~Teknik gambar Fb Ads 3saat
~Rahsia settings Fb Ads TRS
~Teknik Closing Sales membelai
~Teknik Follow Up tingkatkan sale
~Strategi manage database101%
Daftar Seminar Facebook Percuma Sekarang!
Agak-agak, rasa-rasa, kalau tengokkan silibus dan ilmu yang akan dapat berbaloi tak untuk korang sertai Seminar Facebook Percuma ini? Sekali lagi, seminar ini adalah percuma. Eh tak, bukan percuma sepenuhnya.
Korang kena korbankan masa tidur di hari minggu dan juga minyak motor/kereta untuk sampai di lokasi seminar ini. Kalau tak sanggup nak berkoran ini, mohon lupakan sahaja untuk berjaya.
Amacam?
Nak jadi pengguna Facebook yang bersyukur ke tidak dengan nikmat tawaran percuma ini? Tepuk dada, tanya selera~
TARIKH : PILIH 24/9/16 (SUDAH PENUH), 25/9/2016 (SUDAH PENUH) 5/11/2016 dan 6/11/2016 (Kini dibuka)
MASA : KELAS JAM 8PAGI – 5PTG.
TEMPAT : MPWS, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Facebook: TRS Training & Consultancy
Kepada yang sudah mengambil langkah bijak ini, aku ucapkan Selamat Menuntut Ilmu di Seminar Facebook Percuma #demisekepingroti dan Selamat Beramal!!!
Ingat, ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah. Rugi!
Seminar Facebook Percuma
Lambat baca, dah penuh pula bulan 9 ni. Kena register utk bulan 11 mcm ni. Tq En Jmr memanjang2kan seminar percuma ni.
Terasa rugi tak dapat join, jauh sangat..hhuhu
Bestnya kalau join seminar ni.. dah lam percuma pulak tu…
Peluang terbaik tambah ilmu pemasaran fb ni.. rugi klu ada peluang tak pergi… free pulak tu.
Rugi sape tak join ni… Kejap je seat penuh kan?
Saya dah register Seminar Facebok Percuma ni 25hb nanti..
Percuma tu.. bestnya.kalau dapat hadir ni.. kena semak jadual ni.. kalau free masa tu boleh join..
kena semak tu bro..kot kot boleh pergi kan.free je tu
Saya nak join yang bulan nov nanti. bulan september ni clash pulak seminar facebook percuma ni dengan family matter.
alang2 menyeluk pekasam
bauk goreng ikan pekasam makan..
kan jamar.. kekekeke
rugi siapa join.
all d best to u