March 28, 2024

Trip Balik Kampung: Cuti Hari Malaysia 2016

Setiap kali ada cuti panjang, pasti akan aku bawa famili balik kampung menjenguk umi di Besut, Terengganu. Itu keutamaan aku setiap kali ada masa terluang, seperti cuti panjang sempena Hari Malaysia. Melainkan aku ada perancangan lain melibatkan komitmen kerja atau jadual lain.

 

Dari KL ke Besut, lebih 8 jam perjalanan, bukan destinasi yang dekat. Tetapi apalah sangat 8 jam itu jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu. Aku dah ajak umi tinggal bersama kami, tapi biasalah orang tua, lebih suka dan selesa tinggal di kampung. Katanya, rindu nak tinggalkan pokok-pokok bunga, kawan-kawan dan teman mengaji di masjid. Siapa berdepan dengan isu sama macam aku?

Jadi, setiap bulan aku akan mencari masa untuk pulang ke Besut. Wajib. Kalau tak, rindu nenek kepada cucu akan lebih menyeksa berbanding rindu ibu kepada anak.

Siapa berdepan dengan isu macam ini gak?

Aku beruntung sebab kampung aku, Besut mempunyai banyak tempat menarik terutamanya pantai-pantai yang cantik. Pantai Bukit Keluang dan Pantai Air Tawar, antara pantai popular di Besut. Kalau nak best lagi, boleh naik bot ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang..dekat sahaja.

Untuk trip balik kampung sempena Hari Malaysia lepas, aku hanya sempat ke Pantai Bukit Keluang dan Pantai Air Tawar sahaja untuk bagi masa dan peluang kepada abang Dayyan dan adik Danish bermesra dengan pasir pantai.

Gambar ke atas ini menjadi ‘feveret’ kawan-kawan aku di Facebook dan Instagram. Yang senyum lebih, mestilah isteri aku, sebab ini hasil tangan dia. Aku harap dia tidak lupa siapa yang setting kamera untuk dapatkan shot sebegini..haha..

Sebenarnya, gambar di atas diambil kurang 10 minit sebelum kedatangan ribut/hujan lebat. Situasi awan di sebelah kiri aku sangat kelam, sementara di sebelah kanan, ada cahaya matahari yang terik membelakangi aku. Keadaan ini menyebabkan subjek (aku&adik Danish) sangat ‘timbul’ di gambar tersebut, tambahan pula dengan aksi Danish yang kaki di atas, kepala di bawah.

Sekejap je diorang sempat bermain pasir pantai, terpaksa lari masuk kereta sebab hujan lebat. Takpe, esok masih ada.

Pantai Air Tawar.

Petang Ahad, cuaca sangat baik. Ada sinar matahari tetapi tidak terlalu terik. Rancangan asal sekadar berjalan di pesisiran pantai.

Rancangan asal berjalan lancar beserta rancangan tambahan. Nasib baik ada baju spare..tapi tiada towel. Untuk tidak menghampakan diorang, aku biarkan ajer. Taknak fikir tentang keadaan ‘messy’ dalam kereta selepas aktiviti main pasir diorang.

Abang Dayyan bukan main seronok main pasir dengan tools yang memang sedia ada di rumah Nekminya. Ombak agak kuat. Nasib baik dia tak gelojoh nak terjun laut. Sekadar bermain di tepian. Keseronokan anak, kebahagiaan ibu bapa kan. Setuju?

Adik Danish sangat teruja dengan ombak. Tetapi menjerit-jerit apabila ombak datang ‘serang’ dia. Acah-acah berani la tu kan.

Keluarga kecil kami. InsyaAllah, ada rezeki, the next girl will be there..hahaha

Eh..tetiba ada gambar laksam. Siap ada daging korban bakar lagi. Salah satu aktiviti yang paling best apabila balik kampung. Makan apa sahaja, semua sedap-sedap.

Nikmat mana yang hendak aku&kau dustakan lagi??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Trip Balik Kampung: Cuti Hari Malaysia 2016

  1. Pingback: Gambar Photoshoot 28 Days Newborn Baby - Airaa Mikayla. - JMR - Daddy Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *