Untung ke Bisnes Air Balang di bulan puasa?

Assalamualaikum wbt dan Salam 9 Ramadhan..

Aku rasa agak cepat masa berlalu di bulan puasa ni. Mungkin sebab masa kerja yang lebih pendek tanpa waktu rehat tengah hari. Balik je dari ofis, gi pasar Ramadhan intai-intai kuih atau lauk yang berkenan di hati.

Aku bukan jenis ikut trend, masuk je bulan puasa, pakat dok update “Azam aku tahun ni taknak jejak kaki di bazar Ramadhan!” Motif? Apa salahnya kan, yang salah kalau ko berbelanja melebih-lebih, pastu update status, ” Sedihhhnya, RM67.40 aku habis di bazar tadi..mahal la orang Melayu kita berniaga..” ..

phuiii..

Mahal tak mahal itu lain cerita. Yang penting, hak sebagai pengguna. Sebelum membeli, tanya dulu harga ini berapa, harga itu berapa. Kalau rasa mahal melampau takyah beli. Pergi survey gerai lain. Jangan tahu nak komplen, tapi taknak usaha cari yang lebih berbaloi.

HARGA MAKIN NAIK

Memang takleh nak nafikan, saban tahun harga makin naik. Jangan terus berharap harga bahan akan turun tahun depan.

Ada peniaga bijak dan anggap mereka berniaga ni sebagai satu ibadah. Jadi, even gula naik 50sen sekilo pun, makanan atau minuman yang diorang jual tak dinaiikan atau pun hanya naik 10sen je. Ini baru betul.

Rasanya takat gula naik seposen dua posen, mereka yang berniaga ni takde la terjejas sangatkan. Tapi kalau gula naik 20sen, abang yang jual AIR BALANG pun naikkan harga segelas air sirap, 50 sen gak, insyaAllah tahun depan dah boleh gi Mekah.

Sapa kata jual Air Balang ni tak masyukkk?

Kau memang silap la dik.

Bisnes Air Balang ni antara gerai di bazar Ramadhan yang mampu memberi pulangan yang lumayan.

Aku tengok, abang yang jual air balang pun, takde la macam penat giler cam abang yang jual nasi kerabu golok.  Nak kena bubuh nasi, nak kena potong telur masin, letak kerabu, letak budu..banyak step.

Abang yang jual air balang rileks je bancuh air then bungkus-bungkus.

Agak-agak, abang yang jual nasi kerabu golok dengan abang yang jual air balang..mana lagi buat untung?

Kalau aku diberi pilihan, aku akan pilih jual air balang.

Kenapa? Sebab buku INI cakap ada yang mampu buat pulangan sehinggan RM7000 sebulan!

Tak caya? Cubalah sendiri jual air balang ye..

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam