October 6, 2024

Buffet Ramadhan “Selera Kampung” @ Casa Ombak

Buffet Ramadhan “Selera Kampung” @ Casa Ombak

Burpp..alhamdulillah..jam 12.30 pagi, tapi masih rasa kenyang. Ramadhan ke-6 baru berpeluang berbuka puasa di luar. Di Casa Ombak yang dimilik oleh Rakan Blogger yang hebat. Hari minggu kan. Memandangkan tahun ni, ‘hero’ aku dah 2 orang, lebih afdal pada hari biasa aku berbuka di rumah sahaja. Tak nak kelam kabut.

Jemputan berbuka pada hari biasa walaupun  dalam senarai menu ada kambing golek ‘juicy juicy’, terpaksa aku tolak. Hujung minggu memang aku tak tolak lah!

Hari ini (Sabtu, 11.6.2016) rezeki berbuka puasa di Casa Ombak, jemputan tuan punya a.k.a blogger hebat kak Akma Omar. Thanks kak! Semoga terus dimurahkan rezeki dalam setiap bidang yang diceburi. Support!

Makanan ‘Selera Kampung’ memang sedap. Nak apa? Ikan bakar? Kambing bakar? Mee kari? Kerabu-keraba? Keuw Teow goreng? Paru goreng? Kuih-muih tradisional? Teh tarik?..semua ada dan sedappp…

Bukan makanan je terbaik, insyaAllah servis diorang pun terbaik dengan harga pakej yang sangat berpatutan. Parking? Tak perlu risau. Surau untuk muslimin-muslimat disediakan. Ruang makan yang selesa berkonsepkan ‘garden outdoor’

Lokasi Casa Ombak

No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang Kuala Lumpur (Berdekatan dengan Double Tree Hotel & The Intermark)

Cepat tempah sekarang!

Tel Office : 03 21818750
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Call/Whatsapp : 012 301 0725
Facebook page : Ombak Creative

Casa Ombak Jalan Ampang:

  • tempat makan menarik di Kuala Lumpur
  • buffet sedap harga berpatutan
  • restoran makanan halal di Kuala Lumpur
  • menu halal murah di Kuala Lumpur
  • restoran yang selesa di Kuala Lumpur

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Buffet Ramadhan “Selera Kampung” @ Casa Ombak

  1. Bestnya siapa yang dapat join Buffert Ramadhan dekat Casa Ombak….. Sayang tak dapat join, sebab ada urusan lain masa tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *