October 12, 2024

List Aktiviti Orang Malaysia Buat Sepanjang PKP 2020. Pasti Akan Rindu Nanti.

Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat. Suatu hari mesti kita semua akan rindu semasa dipaksa berkurung di dalam rumah itu hari.

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.

2. Pakat-pakat try air dalgona pelbagai perisa.

3. Ulang nyanyi lagu dlm video “ke sana-ke sini” PM kita. (Sampai anak aku pun nyanyi tu aje).

4. Dah berebut-rebut pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (untuk resipi kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua pakat nak jadi chef.

5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. PM sebut, makin famous group ni (Grup ni bagus, tapi..aku baru je left group ni kelmarin, too many pretentious people yang nak kan perhatian).

6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (dengan aku-aku pun emo sama!)

7. Sama-sama pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan “Mak Kau Ijo” menjadi terkenal tiba-tiba di Taiwan:-)

8. Jadi pencinta alam dah pulak semua sebab suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn (aku pun ada hahaha!)

9. Dah semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yang kat belakang tudung org pompuan tu, macam-macam kaler, style dan butang (dengan aku aku pun beli jugak hahaha).

10. Tiktok challenge yang “Dont Rush” tu, yang berus jatuh-jatuh ke bawah ke kiri dan kanan video, orang lain menyambut pula. Hehe.

11. Sidang parlimen dewan negara & dewan rakyat sehari je

12. Overloaded barang-barang yg dipesan secara dalam talian.

13. Sugu Pavithra jadi femes. (https://limaminit.com/berapakah-pendapatan-saluran-youtube…/)

14. Raya sehari je ..ini paling sedihhhh

Moralnya:
Korang perasan tak orang Malaysia ni in general homely type bila tengok list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah. Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir-fikir kan semula. Mujur aku tak tinggal di USA. Degil dan babil diorang tu semua.

Ok sebenarnya banyak lagi aktiviti yang pasti menjadi kenangan terindah nanti. Korang boleh baca komen-komen menarik tentang kenangan ini di status ini: Lima Minit Kenangan PKP 2020

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “List Aktiviti Orang Malaysia Buat Sepanjang PKP 2020. Pasti Akan Rindu Nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *