blogger

Cara blogger Deqnoor rapatkan silaturrahim.

Alhamdulillah, sekali lagi mendapat jemputan daripada owner blog deqnoordotcom untuk sesi makan malam bersama beliau di H Gallery Cafe, Sunway Nexis.

Sedia maklum, ini antara aktiviti blog yang dianjurkan sendiri oleh Deqnoor setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada penyokong blog beliau. Ini kali ke-3 aku dan famili dijemput untuk memeriahkan lagi majlis eksklusif di tempat yang best.

pengomen-tegar-blog

Kagum dengan komitmen Deqnoor untuk aktiviti sebegini. Bukan aktiviti kosong-kosong blog tahu, ini juga satu cara untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita. Besar ganjaran pahala! Tahniah DN!

Sesi ini, pertama kali bertemu dengan blogger MommaVoguedotCom a.k.a Kak Noriza. Biasa dok komen di blog atau media sosial je. Dengan blogger Broframestone dan Ezad Skytech, selalu dah jumpa, setidak-tidaknya 6 bulan sekali di majlis anjuran Deqnoor ini..hehe

Oh ye, tanpa jemputan ini, mungkin aku tak sedar pun kewujudan H Gallery Cafe yang menyajikan menu yang sedap sedap!

H-Gallery Cafe

H Style Ribeye Steak 200-220 gram dengan style Well Done memang puas hati makan. Makan sambil borak-borak dengan suami Kak Noriza pasal isu semasa terutama industri minya&gas, sangat layan!

Sangat recommended ke H Gallery Cafe ini untuk korang lepak secara santai bersama kawan-kawan atau famili.

hadiah-blog

Setiap kali ke majlis anjuran Deqnoor ni, memang takkan balik dengan perut kosong mahupun tangan kosong! Ada jer tanda kenangan istimewa daripada beliau untuk pengomen tegar blog. Terima kasih banyak-banyak Deqnoor.

Semoga terus dimurahkan rezeki dan terus maju ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JMR

To contact JMR, please send us a message at mjdetroit83@gmail.com, or contact us through any of the Social Media links on the below.

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookYouTube

12 thoughts on “Cara blogger Deqnoor rapatkan silaturrahim.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam