Ini kali kali ke-4 aku menerima jemputan Makan Malam bersama blogger Malaysia Deqnoor. Kali ini, makan malam istimewa diadakan di Ideaa Station Cafe, Shah Alam, khas buat Pengomen Tegar blog deqnoor.com dan keluarga.
Kali pertama menjejak kaki ke Ideaa Station, sangat teruja dengan dekorasi cafe yang ringkas tapi sangat menarik. Menu yang disediakan di Ideaa Station ialah menu tempatan dan juga masakan Barat.
Kami langkah kanan pada malam itu. Kebetulan ada majlis hari jadi dan majlis tahlil, hidangan buffet disediakan dan kami turut dijemput.
Terima kasih blogger Deqnoor atas jemputan ini. Siap dapat cenderahati dari Australia, Codi Cafe dan juga wang tunai! Ini antara keseronokan berblogwalking sambil meninggalkan komen di blog Deqnoor. Korang pun boleh dapat peluang macam ini, asalkan rajin baca blog Deqnoor & tinggal komen ok.
Pengomen blog Deqnoor dan famili yang turut hadir pada Makan Malam hari itu. Aku puji usaha Deqnoor untuk merapatkan ukhwah sesama Blogger Malaysia. Lepak santai sambil berborak-borak dan kenal-kenal. Terasa masa pantas berlalu, tak sedar yang kami dah mula berborak dari jam 8 malam hingga ke 11.30 malam! Terima kasih DN!
Kena rajin mengomen la ya kan. Seronoknya…
Kali kedua makan malam dengan DN…kali ke3 dapat gift..Alhamdulillah memang best sangat, walaupun jauh kami sanggup redah semata2 nak berkumpul sesama blogger
best jumpa blogger ni . boleh tukartkar ilmu mengenai niche blog masing-masing.
sila sila dkna…leh lepak nanti pada sesi seterusnya
Deqnoor memang rajin buat program makan malam dengan top blogger/pengomen tegar di blog beliau…. Baguslah tu… Dapat juga mengeratkan siratulrahim dengan pembaca setia blog… 😉
suka cara deqnoor ni.. murah rezeki dia kan.. nak start komen balik la kat blog dn..masuk bloglist 😛