Dah masuk minggu ke-3 aku menginap di Hotel Mandurah Kuantan sepanjang menyelesaikan tugasan projek di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Selesa. Lagi pun, jarak perjalanan dari Hotel Mandurah ke tapak projek, lebih kurang 20 minit.
Hotel Mandurah terletak di Jalan Kuantan-Kemaman (Pantai Beserah). Betul betul tepi pantai. Nak ke bandar Kuantan pun tak jauh. Kiranya, lokasi memang strategik bagi aku.
Memandangkan aku datang berdua dengan team mate aku, kitorang ambil bilik dengan dua katil single. RM168 semalam termasuk sarapan pagi.
Complimentary drink. Ada drinking water dan nescafe/tea. Aku suka dengan kelajuan FREE Wifi kat bilik hotel di sini. Selain tu, banyak lagi amenities lain yang berbaloi dengan nilai ringgit yang korang bayar.
Aku datang sini bukan untuk bercuti. Tapi kerja. Jadi, seawal jam 7 pagi, aku dah ke restoran hotel untuk sarapan pagi. Bestnya. Restoran Hotel Mandurah ni terletak betul-betul di tepi pantai. Jadi, sambil layan sunrise, sambil penuhkan perut.
Oh ye, untuk tahun 2016 ni, konsep buffet breakfast hanya apabila guest hotel ramai. Ni aku agak je. Sebab since Day 1 sampai hari ni, hanya sekali je aku hadap buffet breakfast dan hari tersebut memang ramai guest. Jadi hari-hari lain, order ala carte dengan menu pilihan American Breakfast atau Mi Goreng/ Keow Teow/ Nasi Goreng Bonda.
Tiga hari sekali, terpaksa la order American Breakfast. Kalau hari hari, muak gak nak menelannya kan..haha..Ok la, dah boleh save bajet dan masa untuk beli sarapan kat luar kan.
So far, Hotel Mandurah ini selesa untuk korang yang datang bekerja/bercuti stay kat sini. Bagi aku, ini hotel yang paling selesa dari segi kebersihan, keluasan, jarak dengan tapak projek & bandar, dekat dengan tempat-tempat makan best di Beserah, tepi pantai dan staf yang mesra.
Ada banyak gak hotel lain yang korang boleh stay apabila datang ke Beserah/Kuantan ni. So far, aku pilih Hotel Mandurah ni je. Tapi, kalau korang nak banding harga dan tawaran menarik lain, bolehlah try app HotelsCombined untuk lebih nilai terbaik!
Hotel ni ada swimming pool tak en jmr..
takde swimming pool..tapi ada private beach
Kalau dah tekak melesia tu memang wajib juga pekena sarapan melayu kan jmr?
salams jumaat, menjenguk kesini:)
cantik ye hotel ni jmr…selalu lalu lalang time balik kg suami…leh menginap nanti soon yeahhh
lama juga aku tak lepak kat hotel.
rindu plak rasa.
Hang mmg jenis suka amik gambar makanan sendiri ek…
ye la..takkan aku nak ambik gmbr mknanan meja sebelah haha