March 29, 2024

Sibuk di awal tahun 2016

Sedia maklum, kejatuhan harga minyak dunia, sedikit sebanyak mengganggu-gugat ‘ketenteraman’ dan keselesaan mereka yang terlibat mencari rezeki dalam industri minyak & gas negara.

Tidak ketinggalan, kompeni aku.

Di akhir tahun 2014, kami jangkakan Ringgit dan harga minyak menjadi makin teruk menjelang tahun 2016 dan seterusnya. Alhamdulillah, langkah mengimport stok di saat MYR3.6 berbanding USD1 dan mengubah hala tuju bisnes daripada fokus 90% dalam industri minyak&gas kepada industri lain (chemical/power), satu langkah bijak untuk survival dalam keadaan sekarang.

Lemongrass-project
Lemongrass Project

Tahun 2016, Syukur, permulaan tahun yang agak sibuk. Sibuk menandakan rezeki sentiasa ada,kan? Dah 2 minggu aku berada di Gebeng, Kuantan, dalam proses ‘commissioning‘ sistem fire&gas untuk satu chemical plant di GebengSatu projek yang mencabar bagi aku, dari segi project arrangement dengan subcontractor lain. “Deal dengan mesin, lebih mudah daripada deal dengan manusia..” satu frasa yang setiap jurutera projek akan alami.

Aku anggap ini sebagai cabaran, tips penting- kena pandai tarik rambut dalam tepung, janji tepung tak berterabur..

commissinoing-engineer

Hari ini, ‘system commissioning’ pertama akan dilakukan bersama client. Semoga segalanya berjalan lancar tanpa banyak isu dan kerenah..huhuh..

Aku teringat dengan pesanan sifu Unit Trust aku, Abe Hoq supaya sentiasa berselawat, selain sebagai tanda kasih kita kepada Rasulullah, juga sebagai satu usaha untuk melembutkan hati orang-orang yang sedang kita berdepan..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Doakan aku!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Sibuk di awal tahun 2016

  1. Hidup kena teruskan jugak kan. Bumi no luas. Rezeki ada dimana-mana. Cuma kita kena berusaha untuk cari rezeki tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *