Home tips Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

by JMR
12 comments

Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

Alhamdulillah, dah 2 kali aku melalui proses pendaftaran bayi baru lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dayyan Harith & Danish Hayyan, dua dua didaftarkan di JPN Kota Damansara. Senang, walaupun Danish dilahirkan di Hospital Pantai Klang dan Dayyan di Hospital Pusrawi Kota Damansara (sangat dekat, sama bangunan dengan JPN Kota Damansara).

Proses daftar anak baru lahir perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas kelahiran. Jika lewat, denda akan dikenakan.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran?

  1. Bapa/Ibu Anak
  2. Penjaga Anak
  3. Orang yang mengetahui tentang kelahiran tersebut.

Borang Yang Perlu Disi?

  • Borang Pendaftaran Kelahiran/Kematian JPN.LM01. Borang ni boleh didapati daripada pihak hospital percuma. Borang yang lengkap disi perlu ditandatangani dan dicop oleh pihak hospital.

Dokumen Yang Perlu dibawa Semasa Permohonan Pendaftaran?

  1. MyKad Ibu Bapa (Dokumen ASAL)
  2. Dokumen Pemeriksaan Ibu Mengandung. (Buku checkup/Buku merah..ada dua tiga helai perlu difotostat..tanya kaunter, aku dah lupa..hehehe)
  3. Surat Pengesahan Kelahiran. (Hospital yang bagi, endorsement oleh bidan/doktor)
  4. Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa (Dokumen ASAL)

Selepas semua dokumen dan borang yang lengkap diisi ada, ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Tak lama, bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen di kaunter untuk semakan.

Satu nombor lagi akan diberi sementara menunggu permohonan diproses.

Pun tak lama. Macam aku, pergi di hari minggu, tak sampai sejam, nombor kedua dah dipanggil dan sijil kelahiran anak dah pun siap.

Sijil kelahiran perlu disemak sama ada semua detail anak betul atau ada kesilapan. Kalau semua ok, boleh balik. My Kid akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi warganegara Malaysia….

Oh ye, baru aku teringat. MyKid baby Danish rasanya dah siap kot. Sebab notis daripada JPN boleh ambil selepas 3-4 bulan didaftarkan. Tak sabar nak gi ambil. Lepas ni bolehlah daftar dia di Tabung Haji, Amanah Saham Wawasan dan buka akaun Unit Trust untuk pelaburan masa depan dia…

12 comments

Daftar Nama Anak Maksimum 80 Aksara. Ini Sebab-sebab Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui. | OHSEMPOI September 28, 2018 - 3:40 pm

[…] baru perlu terlebih awal memikirkan nama anak yang sesuai. Kemudian, boleh bersedia dan memahami cara mendaftar anak di JPN. Sesuai di sini bukan sahaja mempunyai maksu yang baik tetapi juga mematuhi syarat-syarat oleh […]

Reply
vanitalecumi kannan August 20, 2018 - 4:40 pm

tumpang tanya… saya dan suami saya hidup berpisah akibat angkara mak mertua saya… beliau membuat laporan bahawa bayi tersebut bukan kepunyaan dia. sekarang saya mengandung 6 bulan sekiranya saya ingin daftar kelahiran anak saya apa masalah yang akan saya hadapi dan minta beri panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

Reply
Tengkubutang December 31, 2017 - 6:03 am

teringat ada satu famili tu lambat sangat daftar anak baru lahir.. semua kerana tak dapat nama yang sesuai lagi.. nak dekat 3 minggu tak daftar2 lagi.. huhuhu

Reply
Bro Framestone December 10, 2017 - 9:34 am

Demn.. tertiba baru teringat… bulan 3 hari tue ada buat mykid untuk anak… sampai sekarang lupa pergi ambil
Bro Framestone recently posted…Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard Bantu Ahli Badan NGO TerlibatMy Profile

Reply
Azwan December 8, 2016 - 12:55 pm

Jangan menggelabah, semak betul-betul apa yang perlu di bawa ada ke tidak. Apa yang perlu di photostat, photostat siap-siap. Panduan ni memang berguna untuk first timer.
Azwan recently posted…Panduan Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan anak mendapat pinjaman PTPTN.My Profile

Reply
Ikhwan November 9, 2015 - 5:56 pm

mereka yang baru bergelar ibu bapa tak perlu gelabah sebab boleh ikut panduan ni, tiru pengalaman mereka yang dah pernah daftar 🙂
Ikhwan recently posted…2 Cara Mudah Jana Wang Dengan USDMy Profile

Reply
ade sutisna November 7, 2015 - 2:46 pm

mahal ga daftarnya ?
ade sutisna recently posted…Harga Sony Xperia C3 Android Kamera Selife TerbaikMy Profile

Reply
Suriya November 3, 2015 - 3:03 pm

bagus buat ibu ayah yang baru mendapat anak. senanglah diaorang nak daftar lepas ni.
Suriya recently posted…5 Cara Mudah Didik Supaya Anak Makan SayurMy Profile

Reply
Noriza Rahman November 3, 2015 - 11:48 am

Amboi byknya plan kewangan untuk anak-anak..bagus tu
Noriza Rahman recently posted…Mengapa Vitamin C Sesuai Untuk Melawan Jangkitan Resdung?My Profile

Reply
Raihanah Ahmad November 3, 2015 - 10:42 am

tahniah ya
Raihanah Ahmad recently posted…Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus KetahuiMy Profile

Reply
KiD October 30, 2015 - 4:31 pm

tahniah Jamaruddin dan Nurul Shahira..!!
KiD recently posted…Nikmati Hidangan Korea di Kafe Go To School Solaris Mont KiaraMy Profile

Reply
titan October 30, 2015 - 3:46 pm

tak susah sebenarnya.

janji semua dokumen ada.
titan recently posted…How to become STRONG likes Saitama Sensei?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam