September 28, 2020

Nikmat yang lama hilang kini kembali.

Nikmat yang lama hilang kini kembali.

Pastinya, bukan aku sahaja yang merasai kehilangan yang ‘satu’ ni. Alhamdulillah, petang semalam ia muncul kembali. Yey!

Walaupun kesesakan trafik agak teruk di Lebuhraya KESAS, tapi dengan munculnya nikmat yang satu ni, petang hari makin indah. Betul tak?

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar-Rahman [55] )

Lumrah manusia, apabila kehilangan baru tahu erti rindu. Apabila ‘jerebu’ melanda, baru rasa nikmat dan indahnya nikmat udara yang segar, walapun tidak sesegar udara di kampung. Apabila sentiasa ada, rasa ‘menghargai’ makin menipis tanpa sedar.

Ayuh, masa untuk berubah. Hargai setiap apa nikmat yang kita ada termasuklah nikmat dianugerahkan orang-orang yang sayangkan kita setiap masa! Sayang dan menyayangi adalah satu REZEKI yang amat bernilai.

Salam pagi Khamis, semoga hari anda lebih berjaya daripada hari semalam!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Nikmat yang lama hilang kini kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *