March 28, 2024

Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

Alhamdulillah, dah 2 kali aku melalui proses pendaftaran bayi baru lahir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dayyan Harith & Danish Hayyan, dua dua didaftarkan di JPN Kota Damansara. Senang, walaupun Danish dilahirkan di Hospital Pantai Klang dan Dayyan di Hospital Pusrawi Kota Damansara (sangat dekat, sama bangunan dengan JPN Kota Damansara).

Proses daftar anak baru lahir perlu dilakukan dalam masa 14 hari selepas kelahiran. Jika lewat, denda akan dikenakan.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran?

  1. Bapa/Ibu Anak
  2. Penjaga Anak
  3. Orang yang mengetahui tentang kelahiran tersebut.

Borang Yang Perlu Disi?

  • Borang Pendaftaran Kelahiran/Kematian JPN.LM01. Borang ni boleh didapati daripada pihak hospital percuma. Borang yang lengkap disi perlu ditandatangani dan dicop oleh pihak hospital.

Dokumen Yang Perlu dibawa Semasa Permohonan Pendaftaran?

  1. MyKad Ibu Bapa (Dokumen ASAL)
  2. Dokumen Pemeriksaan Ibu Mengandung. (Buku checkup/Buku merah..ada dua tiga helai perlu difotostat..tanya kaunter, aku dah lupa..hehehe)
  3. Surat Pengesahan Kelahiran. (Hospital yang bagi, endorsement oleh bidan/doktor)
  4. Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa (Dokumen ASAL)

Selepas semua dokumen dan borang yang lengkap diisi ada, ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil. Tak lama, bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen di kaunter untuk semakan.

Satu nombor lagi akan diberi sementara menunggu permohonan diproses.

Pun tak lama. Macam aku, pergi di hari minggu, tak sampai sejam, nombor kedua dah dipanggil dan sijil kelahiran anak dah pun siap.

Sijil kelahiran perlu disemak sama ada semua detail anak betul atau ada kesilapan. Kalau semua ok, boleh balik. My Kid akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi warganegara Malaysia….

Oh ye, baru aku teringat. MyKid baby Danish rasanya dah siap kot. Sebab notis daripada JPN boleh ambil selepas 3-4 bulan didaftarkan. Tak sabar nak gi ambil. Lepas ni bolehlah daftar dia di Tabung Haji, Amanah Saham Wawasan dan buka akaun Unit Trust untuk pelaburan masa depan dia…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Cara Daftar Anak Baru Lahir di JPN.

  1. tumpang tanya… saya dan suami saya hidup berpisah akibat angkara mak mertua saya… beliau membuat laporan bahawa bayi tersebut bukan kepunyaan dia. sekarang saya mengandung 6 bulan sekiranya saya ingin daftar kelahiran anak saya apa masalah yang akan saya hadapi dan minta beri panduan untuk mengatasi masalah tersebut.

  2. Demn.. tertiba baru teringat… bulan 3 hari tue ada buat mykid untuk anak… sampai sekarang lupa pergi ambil

  3. Jangan menggelabah, semak betul-betul apa yang perlu di bawa ada ke tidak. Apa yang perlu di photostat, photostat siap-siap. Panduan ni memang berguna untuk first timer.

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *