5 Ramadhan 1436H

Dah 5 Ramadhan 1436h eh?

Pejam celik pejam celik, sekejap je masa. Tak sedar masa berlalu. Kadang terasa seperti ‘tak cukup’ masa. Bukan sekadar tak cukup masa untuk berehat, malah terasa seperti tak cukup masa untuk beribadat.

Ramadhan tahun ni memang tak sama seperti Ramadhan tahun sebelum-sebelum ini. Lain benar.

RINDU.

Lain sebab tahun ni pertama kali sambut Ramadhan tanpa ayah. 32 tahun sebelum ni, awal Ramadhan, pasti terngiang ‘reminder’ dari ayah. “Jangan lupa niat puasa sebulan terus..” , “Jangan lupa gi terawikh..”, “Jangan lupa sahur..

Masing segar dalam ingatan, hari pemergian ayah pada Ramadhan ke-14 tahun lepas. Sikit pun tak pernah lupa momen-momen bersama dari kecil sampai ke hari terakhir. Al-fatihah buat ayah, semoga tenang di alam sana. Rindu dan Doa kami sentiasa buat ayah.

HAPPY FATHER’S DAY

Semalam Hari Bapa. Bagi aku, hari hari Hari Bapa. Bangun pagi, anak sulung aku kejutkan sambil hulur hadiah Hari Bapa. Dalam tu ada leather wallet Fossil. Sedap bau kulit dia. Aku senyum sambil kiss Ayyan. Even dia masih belum mengerti, tapi dia tahu buat aku happy. Sebagai bapa, aku tak mengharapkan kejutan di Hari Bapa. Tapi cukuplah famili ada depan aku dengan selamat, gembira dan sihat walafiat. Satu nikmat yang tak terucap.

Aku pasti setiap bapa akan lebih mengutamakan kebahagiaan dan keselamatan keluarga sebelum dirinya kan?

“Setiap bapa yang sedar dirinya adalah seorang bapa akan terus bekerja dengan kuat sebelum tiba waktu rehat”

JMR : 22/6/2015

JMR

JMR writes about parenting from a Dad's perspective. To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com. Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

13 Comments

  1. happy fathers day again dear..
    semoga trus ingt pesan2 ayah untuk dsampaikn kpda ank2 kite nnti.. inshaAllah..
    NuNu EeRa recently posted…Check in di Melaka..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam