September 27, 2020

Bila tiba-tiba suasana sunyi.

Pernah tak, dalam suasana riuh-rendah melayan dengan anak, tetiba mata ko tertumpu kat satu rancangan TV ni, dan suasana dalam rumah diam je. Rengekan anak takde, hilai tawa anak dah sunyi..

Ni kisah hujung minggu lepas, selepas sesi fotografi di Klang, terus bertolak ke Besut sebab dah janji dengan umi nak bawa melawat ayah di ‘rumah baruayah. Jadi, hujung minggu dan cuti Hari Merdeka kami di Besut .

Bila di rumah umi, secara automatik, Dayyan lebih suka berjogging berbanding catwalk, dari dapur via hall TV membawak ke hall utama. Jogging sambil mulut membebel, kadang-kadang bunyi macam bersajak, kadang-kadang bunyi macam marahkan someone. Tak kisah. Janji rumah umi rasa lebih meriah dan ceria. Thanks Dayyan!

Anak sedang membesar, baru dapat kaki. Agak penat nak kontrol. Tapi tetap kena monitor. Kena tahu trend lifestyle anak. Kalau tadi elok je clear je suara dia membebel, tetiba je sunyi sepi, dan anak tidak berada dalam ‘coverage’ anak mata ko, better cari dia cepat-cepat, periksa apa yang dia sedang lakukan.

Seperti kejadian ini. Tadi elok je mulut Dayyan bising-bising sambil berjalan ke dapur, kedepan, ke belakang, tiba-tiba suasana sepi. Bila aku check kat hall utama, amboi syoknya budak kecil ni dok mengira dan merasa potpouri Nekmi dia. Leka sungguh..ni kalau lama lagi, silap-silap ditelannya..

 

Anak kecil sedang belajar benda baru. Kalau salah, elakkan daripada meninggi suara dengan dia. Tanya dia elok-elok. Tapi bila aku tanya elok-elok “Whatchu duin?”..Dayyan pandang aku, gelak macam aku wat lawak then sambung main potpouri tu lagi…macam mana nak bagitau yang aku sedang marah dia??

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Bila tiba-tiba suasana sunyi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *