March 19, 2024

MARDI Nafi Kaitan Produk Kunyit Hitam DR4 Dipasarkan Volten. Hanya Bekerjasama Dengan Syarikat Black G

Kami mendapat pertanyaan tentang keaslian jenama produk kunyit hitam yang mempunyai kajian kerjasama bersama INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI) . Jawapan pertama yang kami berikan ialah hanya produk kunyit hitam keluaran syarikat Black G sahaja mempunyai kerjasama tersebut. Bermakna hanya jenama Black G sahaja yang dibungkus dan dijual dengan lebih yakin dan selamat.

Bahan makan dan masuk ke badan, bukan perkara main-main. Melibatkan kesihatan tubuh badan pergguna.

Kami kongsikan artikel akhbar tentang isu produk kunyit hitam asli dan selamat digunakankan oleh pengguna hasil kajian MARDI.

manfaat kunyit hitam

Baca: 27 Khasiat Kunyit Hitam

SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) hari ini menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan produk kunyit hitam produk DR4 yang dipasarkan syarikat Volten.

Pengarah Urus Tadbir dan Perundangan MARDI Mohd Rashid Rabu berkata tindakan undang-undang akan diambil jika pihak syarikat Volten enggan menarik semua pengiklanan yang mengaitkan produk DR4 dengan MARDI.

Pengarah Pusat Pengkomersialan Teknologi dan Bisnes Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Dr Mohamad Kamal Abdul Kadir ketika sidang media mengenai Penyalahgunaan Logo MARDI pada Produk Pengiklanan DR4 di Ibu Pejabat MARDI hari ini. – Foto Bernama

“MARDI menafikan sebarang kaitan dengan produk kunyit hitam DR4 di pasaran dan pihak Volten telah menyalahgunakan logo MARDI pada produk pengiklanannya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berikutan kekeliruan mengenai produk kunyit hitam yang ditularkan melalui laman media sosial.

Mohd Rashid berkata pihak MARDI hanya mempunyai kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan syarikat Black G Sdn Bhd dalam menghasilkan produk makanan dan kesihatan berasaskan kunyit hitam berikutan perjanjian yang ditandatangani pada 2016.

“Pada 2018, pihak MARDI dan Black G Sdn Bhd bersetuju untuk mengkomersialkan produk hasilan (R&D) ini melalui perjanjian pelesenan teknologi di bawah jenama Black G,” katanya.

Black G Sdn Bhd tidak mempunyai kaitan dengan syarikat Volten, katanya.

Mohd Rashid berkata pihak MARDI turut menerima panggilan daripada pengguna produk DR4 berkaitan isu kesihatan.

Justeru, beliau berkata pihak syarikat Volten harus menarik balik segala promosi produknya yang dikaitkan dengan MARDI atau Black G kerana dikhuatiri ia akan mengelirukan pengguna serta demi kesihatan mereka. -Bernama

Artikel Penuh : SINAR HARIAN 15 MEI 2019

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “MARDI Nafi Kaitan Produk Kunyit Hitam DR4 Dipasarkan Volten. Hanya Bekerjasama Dengan Syarikat Black G

    1. aku dah pergi taklimat diaorg..dia kata produk mereka menggunakan kunyit hitam yg mana kunyit hitam ni sudah dibuat kajian oleh pihak mardi tentang khasiatnya..itu memang betul la..jika dia guna logo mardi kat botol memang salah la sebab tiada kerjasama..tapi khasiat dia tu sama je seba menggunakan bahan yg sama kunyit hitam..x kisah sapa jual pun..mardi hanya nak menjaga syarikat black G je sebab dah buat kerjasama ada mashuk la sikitnya jadi mardi kena la jaga pihak sebelah dia tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *