March 19, 2024

Akad Jual Beli Saham

Ramai yang masih keliru dan tak faham berkenaan jual/beli saham. Ramai masih beranggapan seperti mereka boleh beli/jual sendiri dan akan dapat duit masa-masa tu jugak.

Kalau Forex MT4 ye, itu anda beli/jual dengan komputer aje, legitimate market anda beli/jual dengan orang lain.

Disini saya nak cakap dalam bahasa “layman” maksud akad jual/beli saham.

Apabila anda membeli saham bermaksud anda membeli dari orang lain yang menjual saham itu kepada anda, kira lebih kurang anda beli pek meggi pergi kaunter bayaran dan anda dapat terus meggi tu, cash delivery.

Dalam kes saham, Bursa sebagai tok kadi/jurunikah dah setkan peraturan, setiap pembelian perlu dibayar total amount hanya pada hari kedua selepas pembelian (t+2) kenapa tak t+10, t+7, t+5? Itu dah Bursa setkan, jangan lawan tok kadi beb.

Berbalik kepada t+2, anda membeli tapi hanya perlu bayar hari kedua, selepas anda membayar pada hari kedua (t+2) baru si penjual saham kepada anda mendapat duitnya (akad), maksudnya jika anda pula menjual anda kena tunggu hari kedua (t+2) untuk anda dapat duit anda semula.

Ok laa t+2, zaman 90an sampai kena tunggu 10 hari (t+10) baru dapat duit. Saya nak betulkan persepsi bila anda jual, contoh jual hari Isnin anda takkan dapat duit anda masa² tu juga, rujuk pada akad yang sudah diset oleh tok kadi yakni Bursa.

Selepas jual saham, anda takkan dapat duit anda masa-masa tu juga selepas jualan kerana anda jual saham ini dengan orang lain yang membeli saham anda kerana pembeli menunggu hari kedua (t+2) baru buat pembayaran kepada anda melalui broker mereka. Pembeli buat bayaran anda akan dapat duit terus credit ke akaun trading anda.

Tapi ada yang bertanya saya, ada yang dapat duit terus bila jual, itu bukan duit anda, itu adalah duit broker beri kredit, kiranya broker bayarkan guna duit broker sendiri dulu sementara menunggu pembeli buat bayaran pada t+2 dan duit tu masuk ke akaun broker dan bukan ke akaun saham anda kerana broker dah bayarkan dulu kepada anda. By law ini tidak dibenarkan kerana akad jual/beli cukup jelas sudah diset peraturannya oleh Bursa.

Sumber: Remisier Ridzuan Ibrahim

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Akad Jual Beli Saham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *