April 27, 2024

Cara-cara Membayar Zakat Saham Secara Online.

Seperti yang kita sedia maklum. Pelaburan saham adalah satu pelaburan yang perlu di zakatkan hasilnya.

Terdapat dua kategori zakat saham yang diambil kira
1️⃣ Saham jangka masa panjang (melebihi 1 tahun)
2️⃣ Saham jangka masa pendek (jual beli saham dalam tahun yang sama)

Kedua2 kategori saham ini mempunyai kaedah pengiraan yang berbeza.

KEKERAPAN PEMBAYARAN ZAKAT SAHAM

Zakat saham perlu dibayar apabila sampai haul. Di kebanyakkan pusat pungutan zakat, haul dikira mengikut tahun seperti tahun 2018, 2019 dan seterusnya.

👉🏻Zakat #Saham #Jangka #Pendek : Anda perlu mengumpulkan dan merekod saham yang dibeli pada tahun tersebut dan akan digunakan sewaktu pengiraan zakat dilakukan. Pembayaran dibuat sekali sahaja apabila cukup haul.

👉🏻Zakat #Saham #Jangka #Panjang : Saham jangka panjang akan dikira setahun sekali mengikut harga yang paling rendah sepanjang simpanan anda pada tahun tersebut. Dividen juga perlu di kira.

Dan pembayaran zakat dilakukan untuk haul tersebut (tahun tersebut)

APAKAH JENIS SAHAM YANG PERLU DIZAKAT?

✔️ Saham patuh syariah : Perlu dizakatkan

✔️Saham tak patuh syariah:

✅Yang telah dijual dan mendapat keuntungan : keuntungan tersebut tidak perlu dizakatkan, tetapi lebih elok sekiranya memberi keseluruhan keuntungan tersebut ke Baitulmal dan anda disarankan membeli saham berstatus syariah selepas ini.

✅ Sekiranya anda memegang saham tidak syariah (masih dalam pegangan) anda hanya perlu mengira modal pembelian saham sahaja untuk dizakatkan. (Modal : harga saham semasa beli x unit saham)

PENGIRAAN ZAKAT

Zakat Saham Jangka Panjang
Jumlah unit saham x harga paling rendah dalam tahun tersebut + dividen (jika ada)
= jumlah x 2.5%

Zakat Saham Jangka Pendek
Keuntungan hasil jual beli saham x 2.5%

Anda juga boleh menaksir jumlah keuntungan yang perlu anda zakatkan di laman web pusat pungutan zakat sebagai contoh

MAIWP – https://www.zakat.com.my/inf…/jenis-jenis-zakat/zakat-saham/

MINIMUM KEUNTUNGAN YANG PERLU DIZAKATKAN

Ia mengikut nisab yang telah ditetapkan oleh Pusat Pungutan Zakat yang terbabit mengikut tahun. 

Seperti di Pusat Pungutan Zakat MAIWP nisab zakat saham tahun 2020 adalah RM15762 

Pusat Kutipan Zakat Pahang nisab adalah RM18143.08

Anda boleh lihat nilai nisab di pusat pungutan zakat yang anda berzakat.

Nisab adalah jumlah minimum daripada keuntungan saham yang mesti dizakatkan : sekiranya nilai keuntungan melebihi nisab, baru anda layak membayar zakat.

TUTORIAL PEMBAYARAN ZAKAT DI LAMAN WEB PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAWAIP

Masih ramai yang confuse untuk mengisi ruangan yang telah disediakan dan tidak yakin untuk membuat kiraan.

Sebelum mengisi ruang kiraan zakat anda perlu ada

1️⃣ Saham Jangka pendek
✔️Trading record (unit, harga beli, harga jual, yuran transaksi)
✔️Anda perlu tahu baki di dalam akaun trust anda (Akaun saham)
✔️Hanya perlu membayar keuntungan zakat sahaja.

2️⃣ Saham Jangka Panjang
✔️Trading record (unit, harga saham paling rendah sepanjang tahun, dividen)
✔️Anda perlu mengetahui harga saham paling rendah sepanjang tahun
✔️Jumlah dividen yang anda terima

Tutorial pengiraan zakat saham ada disediakan pada gambar di bawah ini:

Ianya amat mudah untuk dilakukan.

Pembayaran juga boleh dibuat melalui online. Terus BAYAR setelah selesai membuat kiraan.

Sekiranya anda mahukan maklumat jumlah bayaran sahaja dan belum mahu membuat bayaran, anda boleh menyimpan kiraan tersebut dan bayar pada masa hadapan.

Diingatkan bahawa penulisan ini adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan rujukan individu. Sebarang maklumat terperinci anda boleh rujuk pada Pusat Pungutan Zakat atau bahan rujukan yang lain.

Penekanan adalah untuk memberi panduan pengisian pengiraan zakat. Dan ingin membantu pelabur dalam memahami kaedah mudah untuk pembayaran zakat saham. 

Sekiranya cara anda berbeza mengikut pengetahuan atau tempat anda membayar zakat, anda diminta untuk rujuk kepada individu yang lebih berpengalaman.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan dan idea untuk anda sepanjang tempoh PKP ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *