December 7, 2024

Donald Trump dan Isteri Sah Positif Covid-19, Pasaran Saham U.S Menjunam

Dunia kecoh seketika apabila pemimpin no 1 Amerika Syarikat, Donald Trump dan isteri, Melania Trump disahkan positif Covid-19. Dah namanya pemimpin negara kuasa besar dunia, setiap berita terkini pasti ada kesan secara langsung dan tak langsung dengan pasaran saham U.S

Kenapa pasaran saham U.S menjunam?

UNCERTAINTY atau Ketidaktentuan.

Trader pasaran saham tak suka uncertainty sebab trader hanya tengok short term return. Nama pun trader kan?

Tapi perlu diingatkan, uncertainty akan buatkan pasaran saham jatuh. Bila jatuh saham jadi makin murah untuk mulakan pelaburan.

Jadi bila market recover, untung pelaburan pun akan jadi lebih tinggi.

(Photo Illustration by Liz Sullivan)

Sebagai pelabur, kita ada masa untuk tunggu market recover balik sebab kita melabur untuk jangka panjang. Kita bukan trader.

Setiap yang jatuh pasti akan naik!

Dan mengikut rekod, naik meroket lebih tinggi.

Lagi banyak uncertainty & lagi kritikal penyebab uncertainty tu (macam kes Trump), lagi teruk lah pasaran saham jatuh.

Dan makin tinggi lah peluang pelabur untuk dapat untung lagi banyak.

Jangan risau kalau pelaburan kita jatuh untuk beberapa bulan kalau track record tempat pelaburan kita mampu beri pulangan yang kita sasarkan pada jangka masa panjang.

Pasaran saham U.S jatuh teruk bulan Mac haritu bila Covid-19 mula teruk? Tidak terkecuali pasaran saham Malaysia dan Asia Pasifik.

Tapi sampai je bulan Mei 2020, pasaran saham U.S terus recover. Memang banyak client tersenyum sampai ke telinga masa ni.

Yang penting bagi pelabur, kawal emosi dan sandarkan keputusan dalam pelaburan hanya pada fakta & track record.

Kredit: Perkongsian FB Fiuzz Hafiz Saini

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Donald Trump dan Isteri Sah Positif Covid-19, Pasaran Saham U.S Menjunam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *