Ramai pemegang polisi takaful/insuran pernah jumpa terma ‘TPD’ di dalam polisi mereka. Namun ramai juga yang tidak memahami maksud sebenar TPD atau Total Permanent Disability atau lebih dikenali sebagai Lumpuh / Hilang Upaya Menyeluruh Kekal.
Sebelum saya meneruskan post ini, tahniah saya ucapkan kepada anda yang sudah mempunyai perlindungan untuk risiko ini. Jika ditimpa musibah yang menyebabkan anda hilang keupayaan, setidak-tidaknya anda akan mendapat sejumlah pampasan yang pasti membantu anda mengharungi hidup sebegitu. Nauzubillah.
Apa Itu Total Permanent Disability (TPD)
Ada yang bertanya, bagaimana seseorang boleh dikategorikan lumpuh di dalam manfaat polisi takaful?
Untuk anda lebih memahami, saya bagi satu analogi simple untuk anda bayangkan:
Setiap hari, rutin harian anda di rumah adalah:
- Makan minum
- Mandi
- Pakai baju
- Buang air besar dan kecil
- Dudu dan bangun
- Keluar bekerja atau keluar membeli di kedai
Malang tidak berbau. Anda mengalami kemalangan atau didiagnos menghidap penyakit yang menyebabkan anda tidak berupaya melakukan 3 daripada 6 gerak kerja tersebut selama 6 bulan berturut-turut. Sekiranya anda pemegang polisi takaful yang aktif, anda layak dikategorikan mengalami TPD dengan laporang doktor yang sah. Di sini, anda boleh membuat tuntutan manfaat seperti yang terkandung dalam polisi. Anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk meneruskan kehidupan.
Sekiranya anda sudah berumur dan mempunyai anak-anak yang sudah mampu berdikari / mencari pendapatan sendiri, mungkin anda rasa tenang.
Bagaimana pula jika anda masih muda dan ada ramai tanggungan yg perlu dijaga??
Jika anda suami, wang pampasan yang diterima mungkin dihabiskan untuk rawatan dan kegunaan asas. Perlu difikirkan, adakah cukup untuk anak-anak dan isteri meneruskan kehidupan. Terutama apabila isteri tidak bekerja dan terpaksa menjaga anda yang sakit?
Kalau anda adalah seorang isteri pula, perlu juga difikirkan kemungkinan yang bakal terjaga! Bukan senang nak dapat suami yang boleh menjaga seorang isteri terlantar sakit. Macam-macam boleh berlaku.
Pampasan TPD Akan Membantu Anda
Bukan ingin menakut-nakutkan, tetapi difikirkan semua kemungkinan ini. Setiap suami dan isteri malahan anda yang bujang, perlu tahu betapa pentingnya menyediakan backup kewangan dan pelan protection apabila kita dilanda mesubah sebegini. Rancanglah betul-betul supaya dengan manfaat TPD, at least anda mempunyai support aliran tunai untuk 5-10 tahun pendapatan anda.
Pampasan yang anda terima nanti, insyaAllah membantu anda. Anda juga boleh letak/labur sebahagian di instrumen pelaburan rendah risiko seperti ASB, Unit Trust atau Tabung Haji. Jadi, dividen tahunan itu bolehlah digunakan untuk diri dan keluarga.
- Jamar || 017-2101282 || https://wa.link/7aaiq7
- Takaful Ikhlas/Allianz/Zurich Takaful