September 23, 2020

Luahan Hati DS Najib Menyentuh Hati Ramai Insan

“It’s not end of the day” Inilah antara komen yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa ditemubual selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan ini nyata menggembirakan dan menyedihkan banyak pihak. Itu lumrah, kerana ada yang menyokong dan ada yang membangkang.

Sebagai manusia normal, pasti keputusan ini sedikit sebanyak menjentik hati kita sebagai seorang insan. Terus terang, kami bukanlah penyokong DSN ini. Tetapi jasa beliau tetap ada dalam membangunkan negara Malaysia. Jadi, apabila bekas pemimpin Malaysia ni memuatnaik satu status di Facebook semalam, ternyata ada ‘sesuatu’ yang terbuku di hati seorang insan bernama Najib Razak ini.

Satu hari yang panjang. Datang dan berlalu pergi.

Ada seperkara yang saya tidak sangka. 

Bukan, bukan keputusan penghakiman. 

Apa yang saya lihat setibanya kereta saya di Masjid Wilayah pagi tadi. 

Menerusi tingkap kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah.

Saya lihat wajah anak-anak muda, dalam lingkungan 20-30an.

Saya lihat ada warga emas, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada yang bertongkat, ada yang dipapah.

Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda.

Rakan-rakan parti seperjuangan juga hadir. Dari utara, dari Pantai Timur.

Namun, kebanyakan mereka yang lain saya tidak kenal.

Mereka bukan Tan Sri, mereka bukan Datuk Seri, mereka bukan orang kenamaan.

Saya lihat rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Ya, saya faham mengenai kritikan pematuhan SOP Covid-19. Saya percaya mereka yang hadir juga.

Mereka semua yang hadir patuh kepada peringatan polis serta merta dan ada yang bersurai.

Saya tertanya kepada diri, kemudian kepada pegawai ketika di perkarangan. 

Siapakah mereka? Mengapa mereka di sini?

“They are here for you, Sir”

Jawapan yang saya terima ini amat menyentuh hati.

Saya diberitahu ada di kalangan mereka orang kampung. 

Ada di kalangan mereka pekerja kontrak. 

Ada di kalangan mereka peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin.

Segenap lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika saya Perdana Menteri dahulu.

Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua.

Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.

Maafkan saya. 

Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Terima kasih tidak terhingga.

Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari.

Persahabatan sejati. 

Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa. 

Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat.

Andalah rakan dan keluarga yang saya ada. 

Ini bukan pengakhiran.

Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya.

Saya mahukan keadilan.

Kredit FB: Najib Razak

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Luahan Hati DS Najib Menyentuh Hati Ramai Insan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *