December 14, 2024

Peringatan kepada blogger yang suka spin berita sensasi kehilangan pesawat MAS MH370

Dari hari pertama kehilangan pesawat MAS MH370 hinggalah ke hari ini, bermacam-macam spekulasi dan agakan yang dibuat pelbagai pihak, baik media massa atau pun media sosial. 

Ada yang membuat spekulasi pesawat MH370 ini terpaksa melakukan pendaratan kecemasan, ada yang kata dah terjunam ke dalam laut, ada yang kata dah jumpa dengan selamat, ada yang agak dah meletup kat atas, ada yang percaya pesawat Mh370 tu dah ghaib, ada yang konfem pesawat MH370 ni buat air turn back sampai ke Maldives, sampai ke Kazakhtan dan juga Diego Marcia. 

Cukup menyampah dengan pengamal Social Media terutamanya blogger yang menangguk di air keruh, sewenang-wenangnya update blogpost dengan cerita agak-agak a.k.a spekulasi ikut suka mak pak dia. Lagi aku fuckoff media massa yang pro pon suka menyepin cerita ikut sedap lutut dia, lagi teruk yang cedok idea daripada media sosial. Apa semua ni?? Ini melibatkan soal hidup dan mati. Penantian itu satu penyeksaan bagi keluarga penumpang MH370. Bayangkan, kalau famili korang esp mak pak korang yang ada dalam pesawat tu? Mesti gelabah tak tenang selamanya pesawat MH370 tu hilang kan? Fikir-fikir dan renung-renungkan.

Orang cakap, kalau tak tahu lebih diam. Memerhati lebih baik. Mendengar informasi lebih baik daripada memberi informasi yang salah, sekurang-kurang yang salah itu tidak terus tersebar.

 

Tak perlu nak mencabar undang-undang yang sedia digubal. Kang tak pasal-pasal bersoal-jawab dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). Jadilah blogger yang beretika dan berhemah.

Teruskan #DoaUntukMH370 ..semoga penantian semua ini diakhiri dengan kegembiraan. Harus diingat, setiap apa yang berlaku, pasti ada rahmat dan hikmahnya.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Peringatan kepada blogger yang suka spin berita sensasi kehilangan pesawat MAS MH370

  1. Bagus jugak bila SKMM keluarkan warning macam ni..kalau tak, makin ramai yang pakai sedap tangan diaorang je menaip berkenaan isu ni..

  2. selagi berita tu tak sahih pasal insiden MH370 ni tak payah la nak sebarkan…semata2 nak dapatkan trafik, sanggup manipulasi tajuk entri…langsung tiada etika blogger yang jenis macam ni…sampai bila dia nak hidup hasil earnings yang dapat daripada entri2 yang tak betul ni…aihh…tak paham betul la…adehhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *