March 19, 2024

Daftar MySejahtera Sebelum Tebus RM50 Kredit ePENJANA

Aplikasi MySejahtera mengalami aliran trafik yang tinggi. Oleh itu, pendaftaran akan dilakukan secara sistematik agar perkhidmatan bagi 8 juta pengguna yang sedia ada tidak terganggu.

Proses pendaftaran:

1. Daftar menggunakan nombor telefon atau emel.
2. Verifikasi nombor telefon atau emel melalui OTP.

DAN

3. Pengaktifan akaun akan dilakukan selepas mendapat sms atau emel pengaktifan (dalam masa 24jam pada masa kini).

E-Tunai rakyat RM50 yang diumumkan tidak akan dikreditkan sejurus selepas akaun diaktifkan. E-wallet akan membuat pengesahan terlebih dahulu. Sila pastikan nama dan nombor kad pengenalan yang diisi adalah sama seperti dalam kad pengenalan.

Sila gunakan fungsi MySejahtera yang sedia ada dengan sebaiknya. Harap maklum.

1. pengguna sedia ada juga boleh memohon untuk e-penjana.
2. permohonan e-penjana boleh dilakukan untuk sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Anda ingin membuat permohonan bantuan ePenjana?

Sebelum itu, sila pastikan nama anda di aplikasi MySejahtera dan aplikasi e-wallet adalah sama sepertimana yang terkandung dalam IC/ Pasport. Ini termasuk penggunaan:

1. BIN, BINTI
2. a/l , a/p
3. s/o, d/o
4. Aksara khas seperti “ ‘ ”, “ / ”, “@” dan lain-lain

Kemudian, sila buat permohonan bantuan ePenjana melalui aplikasi e-wallet anda.

Pesanan ini dibawa khas oleh MySejahtera.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran aplikasi ini, sila rujuk artikel Cara Daftar MySejahtera ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *