Sedar tak sedar, dah masuk fasa terakhir Ramadhan pada tahun ini.
Selain kewajipan berpuasa di siang hari, Zakat Fitrah juga wajib dibayar bagi individu muslim/muslimat yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kadar Zakat Fitrah adalah berbeza mengikut negeri di Malaysia pada setiap tahun.
Negeri | Kadar Zakat Fitrah | |
---|---|---|
2015 | 2016 | |
Kelantan | RM7.00 | RM7.00 |
Terengganu | RM4.60, RM6.80 & RM7.40* | RM7.00 |
Pahang | RM7.00 | RM7.00 |
Perlis | RM6.50 | RM7.00 |
Kedah | RM7.00 | RM7.00 |
Pulau Pinang | RM7.00 | RM7.00 |
Perak | RM7.00 | RM7.00 |
Selangor | RM7.00 | RM7.00 |
Negeri Sembilan | RM6.50 | RM6.50 |
Melaka | RM6.70 | RM6.70 |
Johor | RM5.00 & RM8.00* | RM6.00 / RM8.00* |
Sarawak | RM7.00 | RM7.00 |
Sabah | RM7.00 | RM7.00 |
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan | RM7.00 | RM7.00 |
Kenapa kadar zakat fitrah berbeza?
Kadar berbeza mengikut gred beras yang dimakan oleh pembayar zakat.
Masih ramai yang keliru, siapa yang wajib membayar zakat fitrah?
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Sumber: Zakat Selangor.
Pesanan: Seelok-eloknya, bayarlah zakat fitrah di awal awal Ramadhan. Banyak kes, ketua keluarga terlupa untuk membayar zakat dan baru teringat apabila dah habis tempohnya. Kan dah rugi di situ.
Selamat berpuasa dan mencari keredhaan&keberkatan Ilahi!
johor bayaq 8 ringgit.
so..tahun kedua bayar sebagai suami.
hoho..
hehe..aku baca ko bayar untuk isteri kedua..eh?
Alhamdulillah dah bayar awal ramadhan lagi