Coway adalah jenama penapis air pilihan rakyat Malaysia hari ini. Kebanyakan rumah-rumah di Malaysia terdapat sebuah penapis air untuk menjamin kebersihan air yang diminum setiap hari. Oh ye, produk Coway ni bukan sahaja penapis air, ada juga penapis udara dan lain-lain lakukan selepas kematian penama. Info ini, kami kira penting untuk dikongsikan bersama.
Kalau tiba-tiba saya mati, siapa nak sambung bayar saya punya Coway?
Anak isteri ke kena sambung bayar? Hutang Coway macamana?
Tahun lepas saya ada seorang pelanggan Coway yang baru pasang sebulan, lepas tu dia meninggal.

1. Kena maklumkan ejen atau pihak Coway tentang kematian pelanggan. Standby siap-siap dokumen kematian daripada JPN dan Balai polis.
2. Selepas Coway maklum, tunggu dia proses. Dia akan call untuk tanyakan jika ada yang sudi menyambung bayar.
3. Jika ada yang nak sambung, kena buat urusan pemindahan akaun yang baru.
4. Kalau tiada yang sudi sambung bayar, Coway akan ambik balik mesin.
5. Kontrak sewa beli akan terbatal, akaun si mati dengan Coway pun terbatal.
6. Tiada sebarang hutang atau tuntutan kepada si mati daripada pihak Coway.
Kredit : Coway Malaysia Sdn Bhd

Tak faham kenapa perlu explain di blog atau di media sosial. dalam website coway kenapa tidak diterangkan dengan jelas. Buka website coway hanya promosi produk cowaya sahaja…sedangkan terms dan regulation yang penting seperti ini tidak dijelaskan dengan lebih terperinci. Bila pelanggan ada masalah, jenuh nak tanya sana sini. Call customer service, macam2 version pulak advice mereka bagi.
ada memo tak? yng betul2 cakap mcmtu waris takperlu bayar
Terima kasih, sangat membantu sebab saya pun pakai Coway di rumah.
Ouh rupa-rupanya begitu prosesnya. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.